NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mumtaz calon terbaik Pas untuk kalahkan Che Abdullah - Abdul Hadi


TUMPAT
- Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Parlimen Tumpat, Datuk Mumtaz Mat Nawi merupakan calon terbaik Pas bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, Mumtaz mempunyai matlamat untuk melaksanakan pembaharuan dalam negara.

"Beliau merupakan calon wanita yang juga seorang peguam yang sudah ada tujuan membangunkan Tumpat dan negara," katanya ketika ceramah umum sempena Program Jelajah Tuan Guru Presiden Pas ke Kelantan pada Ahad.

Pas mempertaruhkan Mumtaz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demit dengan harapan menerima undi majoriti 20,000.

Abdul Hadi juga berharap pengundi melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik.

"Dengan sebab kita tidak mengundi, kurang satu undi. Dengan sebab kita tidak mengundi, menang yang salah, kalah yang betul," katanya.

Pada masa sama Abdul Hadi turut menekankan supaya calon dan penyokong tidak terjebak dengan rasuah seperti yang berlaku sebelum ini.

"Ada pemimpin Melayu yang menerima rasuah. Jumlah yang memberi rasuah lebih besar kononnya sebagai pemberi maklumat.

"Nak mengundi pilihan raya pun rasuah, bagi duit kepada pengundi-pengundi. Nak bertanding ketua bahagian pun rasuah ahli-ahli parti," katanya.

Beliau berkata, jenayah itu boleh merosakkan politik Malaysia.




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo