NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Muhyiddin bidas Guan Eng, PH beri bantuan ‘terlalu kecil’

Muhyiddin Yassin berkata ketika Perikatan Nasional berkuasa ia berjaya melaksanakan pakej rangsangan ekonomi dan bantuan kepada rakyat berjumlah RM530 bilion.

PETALING JAYA: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin membidas bekas menteri kewangan, Lim Guan Eng dan Pakatan Harapan (PH) kerana tidak memberikan bantuan secukupnya kepada rakyat sepanjang 22 bulan mentadbir negara.

Semasa pemerintahan PH, katanya, beliau menggesa Lim menambah bantuan langsung kepada rakyat yang dibebani kos sara hidup tinggi dan kenaikan harga petrol.

“Jawapan yang diterima ialah kerajaan tidak mampu kerana masalah kekangan kewangan,” katanya di Facebook.

Muhyiddin berkata, ketika pembentangan Bajet 2020, Lim hanya mengumumkan pemberian bantuan e-dompet RM30 untuk rakyat.

Beliau menyifatkan jumlah itu “terlalu kecil”.

Bekas Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, ketika PN berkuasa pada Mac 2020, beliau mengarahkan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz mencari sumber kewangan yang boleh disalurkan terus kepada rakyat, yang bergelut ketika pandemik Covid-19.

Sepanjang 17 bulan PN berkuasa, katanya, ia berjaya melaksanakan pakej rangsangan ekonomi dan bantuan rakyat berjumlah RM530 bilion.

“Perkara yang tidak boleh dilaksanakan oleh PH, boleh dilaksanakan oleh PN. Kenapa? Kerana PN prihatin,” kata bekas perdana menteri itu.


Sumber I FMT Malaysia 



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo