NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Modric optimis Croatia bangkit


DOHA: Maghribi mengikat Croatia 0-0 pada aksi pembukaan Piala Dunia 2022 dengan permainan bertenaga menentang naib juara Piala Dunia 2018 yang dikemudi Luka Modric.

Mendapat sokongan sebahagian besar komuniti Maghribi di Stadium Al Bayt, 'Atlas Lions' mengikut jejak langkah seteru Afrika, Tunisia yang turut mengikat Denmark pada aksi semalam.

"Ini satu perlawanan yang begitu sukar," kata Modric.

"Tetapi saya percaya kami akan menjadi lebih baik pada perlawanan seterusnya jadi kami akan terus berfikiran positif."

Modric juga percaya pasukan itu mampu mara lebih jauh sekalipun memulakan kempen edisi kali ini dengan agak perlahan.

"Kami tidak datang ke sini hanya untuk bermain bola sepak dan sekadar melepasi peringkat kumpulan.

"Cita cita kami lebih hebat selepas pencapaian di Russia tetapi kami perlu mengambil perlawanan demi perlawanan.

"Malah sebelum Piala Dunia 2018 pun, sasaran awal adalah untuk melepasi peringkat kumpulan.

"Jika kami dapat melakukannya sudah tentu kami akan menjadi lawan yang berbahaya kepada mana-mana pasukan," katanya. - AFP






Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo