NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

MetMalaysia keluar amaran ribut petir di 5 negeri hingga 9 pagi

Gambar Hiasan

Kuala Lumpur: Ribut petir, hujan lebat serta angin kencang dijangka berlaku di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sabah sehingga 9 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan yang dikeluarkan 6.30 pagi ini memaklumkan di Selangor membabitkan kawasan Hulu Langat, manakala di Johor membabitkan Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

Di Sabah pula, ia membabitkan kawasan Nabawan di bahagian Pedalaman, Tawau meliputi kawasan Kunak dan Lahad Datu serta Tangod di bahagian Sandakan.

Sementara itu, MetMalaysia menerusi laman sesawangnya memaklumkan cuaca mendung di Sarawak membabitkan beberapa kawasan di Bintulu, Miri dan Limbang.

Hari ini adalah hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).



Sumber I Harian Metro




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo