NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Melaka berubah dengan ilmu bukan dengan semangat!

Selaku anak Melaka, tak pernah terlintas di fikiran satu hari nanti, PAS mampu menang parlimen di Melaka dengan kekuatan sendiri.

Tetapi Tuan Guru Ust Zulkifli Ismail optimis, beliau selalu kata orang Melaka kena berubah dengan ilmu, bukan semangat.

Beliau semai tapak dakwah sejak 20 tahun lepas. Bermula dari pondok kecil, sehinggalah sekarang berdiri Kompleks Madrasah Baitul Qurra Wal Fuqaha di Sungai Udang, Melaka. 

Bila PAS menyertai MN, beliau ambil peluang untuk sebarkan dakwah. Beliau berjaya menembusi jabatan kerajaan negeri, dan menjawat jawatan ahli majlis fatwa Melaka.

Ruang yang ada digunakan sepenuhnya untuk didik orang Melaka dengan ilmu. Hampir semua pelosok negeri beliau masuk dengan memberikan kuliah dan majlis ilmu.

Ternyata, Allah bersama dengan orang yang sabar. Siapa sangka, kubu kuat UMNO di Jasin, yang tak pernah jatuh kepada parti lain selama ini, akhirnya rebah di tangan Tuan Guru Ust Zulkifli Ismail.

Tahniah buat YB Tuan Guru Ust Zulkifli Ismail, ahli parlimen Jasin. Saya sebagai pengundi dan anak jati daerah Jasin, merasa bangga dapat menyumbang undi untuk menghantar wakil ulama Melaka ke dalam Parlimen Malaysia.

Alhamdulillah, semua ini dengan takdir dan aturan Allah. Selamat berkhidmat buat tuan guru ku. Semoga Allah berikan ustaz kekuatan untuk terus menggunakan platform dan jawatan pemberian Allah ini demi dakwah dan Islam.

Allahuakbar.

#pru15

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo