MELAKA: Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Adam Adli Abd Halim memenangi kerusi Parlimen Hang Tuah Jaya selepas memperoleh 39,418 undi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Adam Ali, 33, menewaskan tiga lagi pencabarnya, Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali daripada Barisan Nasional (BN) dengan 30,780 undi, Mohd Azrudin Md Idris (Perikatan Nasional) dengan 23,549 undi dan Sheikh Ikhzan Sheikh Salleh (PEJUANG) sebanyak 739 undi.
Kemenangan yang diumumkan oleh Pegawai Pengurus Parlimen Hang Tuah Jaya, Datuk Md Azhan Samat jam 12.30 tengah malam itu sekali gus menyaksikan kerusi berkenaan dipertahankan PH buat penggal ketiga berturut-turut menerusi calon daripada PKR.
Terdahulu, Adam Adli yang juga aktivis mahasiswa tiba di Pusat Penjumlahan Undi PRU15 di Dewan Bistari Ayer Keroh jam 10.52 malam, namun terpaksa bergegas ke Subang untuk sesi bersama kepemimpinan tertinggi PKR berikutan pengumuman rasmi belum dibuat.
"Masih belum ada perasan kerana belum ada keputusan penuh, kita juga melihat keputusan termasuk di tempat-tempat lain.
"Setakat ini difahamkan Melaka kita menang tiga kerusi, tetapi sekarang masih ada penjumlahan yang belum selesai termasuk Hang Tuah Jaya. Apa pun sudah nampak keputusan awal, saya bersyukur secara peribadi," katanya kepada media.
Adam Adli berkata, beliau juga bersyukur dapat mengawal kempen sekali gus menunjukkan contoh baik, apatah lagi semua calon bertanding berusia muda.
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment