NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Malaysia tidak mengamalkan demokrasi berparlimen sekiranya Anwar gagal menjadi PM - Lim Kit Siang


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu diberi peluang membentuk kerajaan Persekutuan kerana mempunyai paling ramai Ahli Parlimen yang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Veteran DAP, Lim Kit Siang, berpendapat susulan masih belum ada penyelesaian dalam pembentukan kerajaan baharu, ketua gabungan parti Pakatan Harapan (PH) perlu diberi peluang.

Ini kerana beliau berkata, jika Anwar tidak diberikan peluang membentuk kerajaan, ini bermakna Malaysia tidak mengamalkan demokrasi berparlimen.

"Anwar patut diberikan tempoh untuk membentuk kerajaan Persekutuan dan sekiranya dia tidak berjaya untuk mendapatkan sokongan daripada sekurang-kurangnya 112 Ahli Parlimen atau majoriti mudah, barulah Yang di-Pertuan Agong meminta mana-mana calon yang lain pula untuk cuba membentuk kerajaan Persekutuan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kit Siang berkata, sebelum ini Malaysia sudah mempunyai dua Perdana Menteri 'pintu belakang'

dan beliau tidak mahu ada lagi Perdana Menteri `pintu belakang' yang ketiga.

"Kita (Malaysia) kini sedang berada dalam era politik gabungan dan kita patut mula dengan prosedur yang berpatutan supaya Malaysia tidak dimalukan di khalayak dunia," katanya.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan gabungan parti politik yang dipersetujui mengemukakan nama seorang Ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti untuk menjadi calon Perdana Menteri Ke-10 kepada Istana Negara sebelum jam 2 petang hari ini.

Dalam sebuah kenyataan, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata dokumen dikemukakan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh, jelas menyatakan tiada parti politik berjaya memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan baharu.


Sumber | BH Online




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo