NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Majikan Potong Gaji Pekerja Keluar Mengundi Boleh Didakwa


PUTRAJAYA, 10 November 2022
– Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan menegaskan bahawa mana-mana majikan yang memotong gaji pekerja yang tidak hadir bekerja kerana mengundi pada 19 November ini boleh didakwa dan didenda RM5,000 atau penjara setahun jika disabitkan kesalahan.

Menjelaskan lebih lanjut, beliau berkata majikan sektor swasta tidak dibenarkan mengenakan sebarang penalti atau memotong gaji pekerja yang keluar mengundi kerana boleh didakwa di bawah peruntukan subseksyen 25(1) Akta 5.

“Kebenaran itu selaras dengan peruntukan di bawah subseksyen 25(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5).”

Peruntukan tersebut adalah berkenaan, “Tiap-tiap majikan hendaklah, pada hari mengundi, membenarkan suatu tempoh yang munasabah bagi tiap-tiap pemilih yang bekerja dengannya mengundi, dan tiada majikan boleh membuat apa-apa potongan daripada gaji atau saraan lain mana-mana pemilih itu atau mengenakan ke atasnya atau menuntut daripadanya apa-apa penalti oleh sebab dia tidak hadir bekerja dalam tempoh itu.”

Sehubungan itu, pihak beliau menggesa semua majikan dalam sektor swasta memberikan kebenaran kepada pekerja menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) ini.

Adalah lebih baik perbincangan diadakan di antara majikan dan para pekerja yang layak mengundi bagi mencapai penyelesaian yang menguntungkan kedua-dua pihak seperti opsyen pemberian “time-off”, hari pelepasan berganti atau cuti tahunan bagi tujuan menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi, kata Datuk Seri M. Saravanan.

Semalam, Kerajaan Negeri Selangor bersetuju untuk memberi cuti umum pada 18 November (Jumaat) depan, sehari sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) untuk menggalakkan rakyat keluar mengundi.

Di samping itu, cuti umum sehari sebelum PRU-15 ini juga diluluskan bagi memberi peluang kepada warga negeri lain yang bekerja di Selangor untuk turut pulang mengundi.

Selain Selangor, Kerajaan Negeri Sembilan dan Pulau Pinang juga mengumumkan cuti khas pada 18 November depan.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo