NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

KJ, Rafizi, Izzah turut jadi calon pilihan - Kajian


SHAH ALAM
- Tiga pemimpin muda iaitu Menteri Kesihatan daripada BN, Khairy Jamaluddin Abu Bakar; Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli dan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar turut menjadi pilihan diangkat sebagai calon Perdana Menteri kesepuluh selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Berdasarkan kaji selidik Pusat Kajian Cina Malaysia (Huayan), Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim masih menjadi pilihan utama pengundi Cina dengan undian 20.01 peratus, diikuti rapat Khairy atau KJ (18.56 peratus), Nurul Izzah (18.52 peratus) dan Rafizi (13.89 peratus).

“Namun, responden kaum Cina keberatan memilih Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan tiga bekas Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Tun Dr Mahathir Mohamad untuk kembali menjawat kedudukan nombor satu negara itu selepas PRU15.

“Unjuran kami turut mendapati hanya KJ dan Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (7.6 peratus) yang dikenal pasti calon Perdana Menteri, luar daripada koalisi PH masih mendapat sokongan pengundi Cina,” kata Pengarah Akademik Huayan, Profesor Madya Dr Chang Yun Fah.

Beliau menambah, sejumlah 11 peratus daripada 2,354 responden telah menolak mana-mana pemimpin Melayu yang dicalonkan daripada pelbagai koalisi untuk menjadi Perdana Menteri pada PRU15 dengan mereka menuntut individu lain diketengahkan.

Berdasarkan data tinjauan PRU15 oleh firma penyelidikan politik, O2 Research Malaysia (O2) yang melibatkan 1,105 responden secara atas talian pula, segmen pengundi muda lebih cenderung memilih Nurul Izzah sebagai calon Perdana Menteri dengan 27 peratus undi.

Ia diikuti rapat oleh dua lagi pemimpin muda iaitu Khairy Jamaluddin (24 peratus) dan Rafizi (16 peratus).

Ketua Penyelidik O2, Anis Anwar Suhaimi berkata, Ismail Sabri didapati menguasai sokongan segmen penyokong BN dan GPS apabila memperolehi 28 peratus dan 33 peratus undi daripada kalangan penyokong dua koalisi itu, berbanding Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan (27 peratus) dan Najib (24 peratus).



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo