NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

‘Kesian…KJ nak jadi PM, tapi Umno kerat dia’, kata Hamzah

Hamzah Zainudin beramah mesra dengan penduduk Kampung Sungai Jernih, Kubu Gajah. (Gambar Facebook)

LARUT: Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin “memuji” keberanian Khairy Jamaluddin mengisytiharkan diri untuk menjadi perdana menteri tetapi simpati partinya sendiri mahu “membunuhnya” di Sungai Buloh.

“Saya bersyukur ada orang seperti KJ yang mendahului semua orang nak jadi perdana menteri tetapi nak jadi perdana menteri parti dia kena menang besar.

“Mungkin dia dah teringin sangat kot,” kata Hamzah selepas beramah mesra dengan penduduk Kampung Sungai Jernih, Kubu Gajah.

Ketika ditanya nasib Khairy dalam Umno selepas menyatakan hasratnya secara terbuka, Hamzah berkata menteri kesihatan itu sebenarnya sudah “dikerat” oleh partinya sendiri apabila meletakkan beliau di Sungai Buloh.

“Sebenarnya (KJ) dah kena ‘potong’ pun, sebab tu Zahid (Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi) letak dia dekat Sungai Buloh. Saya kesian dekat dia,” katanya.

Pada Selasa, Khairy meluahkan hasratnya itu di pentas ceramah di Taman Saujana Utama, Sungai Buloh, untuk memimpin Umno dan seterusnya menjadi perdana menteri, suatu hari nanti.

“Tak pernah saya cakap (hasrat ini). Kalau saya cakap itu semua, Majlis Kerja Tertinggi (Umno) nak kerat saya,” katanya.

“Tetapi saya rasa sudah sampai masanya (untuk menyuarakan hasrat ini). Bukan sekarang lah (jadi perdana menteri). Sekarang, jika (BN) menang, Ismail Sabri Yaakob akan jadi perdana menteri.”

Mengulas pengisytiharan harta yang dibuat parti lawan, Hamzah berkata beliau sudah mengisytiharkan hartanya sebelum ini dan disiarkan di laman web serta disemak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Tak payah lah nak tunjuk hero kali ini, kita dah lama lakukan, dah lama dah,” katanya.


Sumber I FMT Malaysia 




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo