NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kes Covid meningkat 3,457 semalam


KUALA LUMPUR – Kes jangkitan Covid-19 di negara ini bertambah sebanyak 3,457 semalam menjadikan kes keseluruhan sebanyak 4,960,179.

Sebanyak sembilan kes kematian dilaporkan dalam tempoh sama  menjadikan kes terkumpul berjumlah 36,583.

Data KKMNOW melaporkan sebanyak 27,877 kes aktif dengan 25,818 kes dikuarantin di rumah.

Manakala jumlah kemasukan di hospital sebanyak  1,970 kes.

Daripada jumlah itu, 89 kes diletakkan di unit rawatan rapi dengan 46 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Jumlah kes pulih sebanyak 3,736. -MalaysiaGazette




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo