NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerjasama Dengan DAP - Laluan Umno Menuju Kepupusan


PENULIS bukan lah pak nujum politik, kerana membuat kesimpulan, jika parti Umno bekerjasama dengan parti DAP menerusi Pakatan Harapan (PH) ada lah laluan bagi parti itu menuju kepupusan.

Jika lah menjadi kenyataan pada petang ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat sokongan majoriti kerana sokongan Umno/BN, maka akan bermula lah titik-titik kepupusan parti itu.

Dalam 5 tahun ini, Umno/BN boleh sebahagian daripada Kerajaan Persekutuan, dan mungkin merebak di Sabah, kerana Umno melakukan kerjasama dengan Warisan dan PH, bagi menumbangkan kerajaan GRS-BN, akan tetapi pada PRU-16, akan berlaku, bahawa parti itu, tidak akan berkedudukan seperti mana hari ini, yang masih mempunyai kerusi yang menentukan kerajaan yang dibentuk.

Keegoan dan kesombongan setetengah pemimpin utama Umno dalam kumpulan Datuk Ahmad Zahid Hamidi telah menghukum Umno sehingga mencipta sejarah terburuk bagi parti itu sejak ditubuhkan.

Kumpulan Zahid, telah menolak Muafakat Nasional (MN) bersama Parti Pas dan Parti Bersatu, semata-mata untuk meletakkan Parti DAP ke tempat yang lebih tinggi. Malangnya lagi, pemimpin parti itu seperti Datuk Bung Moktar Radin boleh menuduh GRS melancarkan perang terhadap BN, kerana parti itu tidak menyokong PH, sepertimana tindakan Umno.

Umno lebih rela sujud di kaki DAP, berbanding bekerjasama dengan PN, melalui pendekatan baharu parti itu, lebih baik berdamai dengan musuh berbanding bekerjasama dengan pengkhianat.

Apabila bercakap dengan pengkhianat, pemimpin Umno lah yang menghalalkan pengkhianatan, seperti mana berlaku pada tahun 2009, di Perak menggalakkan ADUN DAP dan PKR keluar parti masing-masing menyokong BN untuk menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat masa itu. Demikian juga di Sabah, kerana perbuatan ADUN Umno, maka kerajaan BN Plus tumbang pada 12 Mei 2018, kerana adun-adun tersebut menyokong Datuk Seri Shafie Apdal.

Wakil rakyat Umno yang digelar pengkhianat oleh kumpulan Zahid, kerana berpindah parti secara berjemaah selepas BN tumbang pada tahun 2018, bukan lah pengkhianat, kerana mereka tidak menyebabkan kerajaan tumbang, malah atas usaha mereka, parti asal mereka menjadi sebahagian daripada kerajaan selepas 22 bulan menjadi pembangkang. Kalau bukan kerana kelibat pemimpin seperti Datuk Hamzah Zainuddin dan mereka yang keluar berjemaah, Datuk Seri ismail Sabri Yaakub tidak akan menjadi Perdana Menteri.

Selepas Umno/BN tumbang, maka digerakkan perpaduan Ummah menerusi Muafakat Nasional (MN), dan puncaknya apabila diadakan Kongres Maruah Melayu pada Oktober 2019 di Stadium Melawati, Shah Alam Selangor.

Menerusi kongres tersebut, jika kaum terbesar, kekal menjadi peneraju dalam politik negara, maka parti-parti utama kaum itu, tiada pilihan melainkan perlu bersatu sebagai sebuah entiti. Malangnya, hanya parti Pas dan Parti bersatu yang menyambutnya, manakala Umno menolaknya mentah-mentah.

Terbukti pada PRU-15, Parti Pas dan Bersatu, hampir menguasai sepenuhnya negeri-negeri yang mempunyai kawasan majoriti kaum melayu, manakala Umno, terpaksa terjun dengan labuh-labuhnya, dan terpaksa melutut di kaki DAP.

Tidak sedar kah Umno, julung kalinya berlaku, kosong kerusi di Melaka, Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu, malah hampir diketepikan di Perak dan Pahang, kerana kesan keegoan para pemimpin Umno yang diketuai Zahid!!!.

Oleh
 SUARA RAKYAT


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo