NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kelantan: Seorang mangsa banjir positif COVID-19 di PPS Sri Kiambang

Lelaki berusia 30-an itu kini diasingkan daripada mangsa banjir yang lain bagi mengelakkan sebarang jangkitan. - Gambar hiasan

PASIR MAS: Seorang mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sri Kiambang, Rantau Panjang di sini dikesan positif COVID-19 ketika menjalani ujian saringan.
Lelaki berusia 30-an itu kini diasingkan daripada mangsa banjir yang lain bagi mengelakkan sebarang jangkitan.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Datuk Dr Zaini Hussin berkata lelaki tersebut adalah mangsa banjir pertama dikesan positif di negeri ini.
"Berdasarkan maklumat awal lelaki itu dikesan positif ketika menjalani ujian di sebuah PPS di sini. Tindakan kami adalah mengasingkan lelaki terbabit di bilik berasingan tetapi masih di PPS yang sama," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata kesemua kontak rapat akan turut menjalani ujian saringan dan akan diasingkan.
Difahamkan, terdapat hampir 200 mangsa banjir di PPS Sri Kiambang dan kebanyakan mangsa dari Kampung Serungga dan Kampung Tiang Chandi.
Dr Zaini berkata maklumat lanjut berkenaan jangkitan COVID-19 di PPS tersebut akan disemak dan berharap orang ramai yang bergejala agar segera menjalani ujian saringan.
Katanya mana-mana mangsa banjir terutamanya yang bergejala diminta tidak menyembunyikan sebarang simptom yang dialami bagi memudahkan pemeriksaan dan pengesanan dijalankan.
-- BERNAMA


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo