NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kedudukan Muhyiddin agak kritikal ketika ini


Perlumbaan menawan Putrajaya, semakin rancak dengan kedua-dua Pengerusi Pakatan Harapan, Anwar Ibrahim dan Pengerusi Perikatan Nasional, Muhyiddin Yassin masing-masing mendakwa mereka mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan.

Yang di-Pertuan Agong telah memberikan mereka tempoh sehingga jam 2 petang ini untuk membuktikan dakwaan mereka.

Dengan majoriti ahli Parlimen BN mencapai keputusan untuk menjadi sebuah blok, Muhyiddin Yassin dari PN mungkin tidak mendapat majoriti untuk menjadi perdana menteri.

Hanya tiga ahli parlimen BN tidak hadir dalam sidang media Zahid hati ini termasuk Hishamuddin Hussein (Sembrong) dan Jalaluddin Alias ​​(Jelebu) yang secara terbuka menolak PH.

PN menang 73 kerusi parlimen, manakala sekutunya GPS dan GRS masing-masing menang 22 dan 6 kerusi.

Dengan mengandaikan tiga ahli parlimen BN yang tidak hadir - termasuk Adnan Abu Hassan (Kuala Pilah) berada di pihak Muhyiddin - bilangan ahli parlimen yang menyokong Muhyiddin hanya 105 orang, kurang enam daripada 111 majoriti mudah yang diperlukan.

Walaupun Muhyiddin mendapat sokongan daripada PBM (1), KDM (1) dan dua calon bebas Sabah, dia masih kurang sokongan dua ahli parlimen.

Muhyiddin memerlukan tiga ahli parlimen Warisan untuk berpihak kepadanya atau lebih banyak sokongan daripada ahli parlimen BN.




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo