NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kajian Dapati Tabiat Korek Hidung Boleh Tingkatkan Risiko Nyanyuk


Satu kajian perubatan yang dijalankan di Australia mendapati perbuatan mengorek hidung boleh meningkatkan risiko nyanyuk ke atas manusia.

Menurut laporan Kosmo yang memetik Daily Star, kajian yang dilakukan di Universiti Griffith itu mendedahkan bahawa perbuatan mengorek hidung boleh menyebabkan risiko jangkitan bakteria meresap ke dalam darah dan terus bergerak ke otak.

Gambar sekadar hiasan (Foto: Pexels)

Fungsi bulu dan lendir hidung untuk halang bakteria

Gambar sekadar hiasan (Foto: Pexels)

Ini kerana fungsi utama bulu dan juga lendir yang ada di dalam hidung adalah untuk menghalang secara semula jadi bakteria daripada memasuki otak.

Oleh itu, apabila seseorang mengorek hidung, ia secara tidak langsung telah ‘membuang’ beberapa mekanisme pertahanan semula jadi yang sebelum ini terdapat pada organ deria manusia itu.

Penyelidik melihat situasi ini akan membuatkan Chlamydia pneumoniae iaitu sejenis bakteria, boleh terdedah kepada saraf yang menghubungkan hidung ke otak.

Apa itu Chlamydia pneumoniae?

Untuk info, Chlamydia pneumoniae ialah bakteria tidak berbahaya namun boleh menyebabkan radang paru-paru, sakit tekak, berjangkit telinga, sinusitis dan isu berkaitan sinus lain apabila seseorang dijangkiti.

Kajian yang menggunakan tikus itu mendapati tahap bakteria dalam otak boleh dikesan dalam masa 72 jam. Bukan itu sahaja, dalam masa sebulan, sudah terdapat gumpalan plak protein yang dikaitkan dengan Alzheimer pada haiwan tersebut.

Kesan Chlamydia pneumoniae cetus patalogi seperti Alzheimer

“Kami adalah orang pertama yang menunjukkan bahawa Chlamydia pneumoniae boleh merebak terus ke hidung dan otak di mana ia boleh mencetuskan patologi yang kelihatan seperti penyakit Alzheimer.

“Kami melihat perkara ini berlaku dalam model tikus dan buktinya berpotensi menakutkan manusia juga,” kata penulis utama kajian, Profesor James St John.

Tambah John, pasukannya perlu melakukan kajian itu pada manusia untuk memastikan sama ada laluan yang sama beroperasi dengan cara yang sama.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo