NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bekalan Terhad, Telur Pecah Pula Jadi Buruan Peniaga Kek, Kuih & Biskut Di Pulau Pinang


Telur merupakan makanan yang sering menjadi pilihan ramai, malah ia juga mudah untuk disediakan.

Bukan hanya itu, telur juga boleh dikatakan antara sumber protein yang baik selain boleh didapatkan dengan harga yang murah.

Telur pecah jadi buruan peniaga kek, biskut, dan kuih

Susulan hal tersebut, telur pecah kini telah mendapat permintaan yang tinggi di kalangan peniaga kuih, biskut dan kek di George Town, Pulau Pinang.

Memetik laporan Kosmo, pembekal telur Faizal berusia 45 tahun memaklumkan bahan makanan itu menjadi buruan walaupun pihaknya telah menghentikan tempahan daripada peniaga-peniaga berkenaan.

Sukar dapatkan telur di ladang punca hentikan edaran pada peniaga

Jelasnya, kesulitan dalam mendapatkan bekalan telur ayam untuk semua gred di peringkat ladang menjadi punca utama pengedaran kepada peniaga terpaksa dihentikan olehnya.

“Ramai pengusaha kek, biskut dan kuih kini mencari stok telur ayam pecah tetapi saya tidak dapat tunaikan permintaan mereka kerana kesemua teluar ayam yang diperoleh kini berada dalam keadaan baik.

“Selalunya, bekalan telur ayam pecah berlaku di peringkat pembekal disebabkan bilangan yang banyak serta kedudukan bekasnya yang rapat dan padat semasa diletakkan di atas lori,” jelasnya pada Kosmo.

Utamakan peniaga di pasar

Katanya, peniaga seperti di pasar runcit di pasar awam, pasar mini serta pasar raya terpaksa didahulukan ekoran berlakunya masalah bekalan telur ayam sehingga 70% pada masa ini.

“Dahulu, memang saya lebih utamakan pelanggan isi rumah di pasar awam tetapi sekarang ini, pengedaran terpaksa dibuat mengikut jumlah yang sama rata dan secara bergilir kepada semua pelanggan tetap supaya semua orang dapat bekalan telur,” ujarnya lagi.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo