NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jika Anwar bergabung dengan Mahathir PRU15, dia pasti jadi PM sekarang


Mengikut analisis PRU15, DAP masih bertahan dengan sokongan Cina walaupun ada penurunan tetapi tidak lebih diantara 1-2 %

Sokongan Melayu kepada PKR merosot sehingga 35% dan ini membenarkan apa yang telah dinyatakan oleh Ilham Center dan Merdeka Center. Tapi orang PKR ini ego tinggi dengan bodoh sombong mereka lebih percaya keletong Rafizi dan Invokenya kononnya sokongan meningkat sehingga PH boleh mencapai 90 kerusi. Secerdik-cerdik Anwar kena di'perbodoh'kan oleh Rafizi dan budak-budak Invokenya.

Berdasarkan kajian, banyak zon putih BN di kawasan bandar berubah menjadi kelabu dan hitam apabila pengundi Melayu-Islam di situ kurang keluar mengundi dan mula memprotest kepada Zahid Hamidi yang dikatakan telah menyalah gunakan kuasa Presiden untuk mencantas musuh politik mereka.

Anwar tidak ada kuasa untuk menarik undi orang Melayu Islam kerana imej Anwar sangat calar dengan sifak munafik bermuka-muka dengan Islam dan perangai hudohnya dengan terlibat kes salah laku seksual yang bukan sekali, malah banyak kali.

Jika Anwar menarima tawaran Mahathir untuk bersama, Anwar boleh menggunakan 'orang tua' in untuk menarik undi Malayu.

Sekuarang-kurangnya zon-zon lompang ini seharusnya memanfaatkan PEJUANG dan PKR kerana kawasan itu berada di bandar-bandar utama dan melibatkan orang Melayu-Islam yang berfikiran lebih terbuka.

Sekiranya PKR menerima tawaran PEJUANG untuk bekerjasama, sudah pasti kerjasama ini akan menjadi alternatif kepada UMNO bagi pengundi Melayu-Islam di kawasan bandar. Orang Malayu ada pilihan samada nak bersama BERSATU-PAS atau PEJUANG-PKR.

Walaupun Mahathir tidaklah boleh membuat kejutan sebagaimana Pilihan Raya Umum ke-14, tetapi Tun Dr Mahathir Mohamad sekurang-kurang masih menjadi sanjungan orang Malayu UMNO.

Namun, disebabkan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak ingin bekerjasama dengan Mahathir, PKR hilang 16 kerusi dan Pakatan Harapan hilang 13 kerusi tambahan disebabkan ketiadaan Bersatu kerana bersatu bersama PAS..

Mustahil Pakatan Harapan boleh mencapai majoriti mudah tanpa Mahathir –  sokongan daripada kaum Cina dan India sudah lama berada pada tahap maksimum, dan tidak mungkin PH akan mendapat manfaat tambahan daripada kaum-kaum ini.

Anwar seharusnya sedar bahawa satu-satunya cara PH boleh bertapak semula di Putrajaya ialah dengan bekerjasama dengan seorang bekas “heavyweight” UMNO yang pernah menjadi Perdana Menteri.

Ini bagi meraih undi dendam Melayu bandar yang berdendam terhadap UMNO dan ingin menghukum parti itu.

Ramai di kalangan masyarakat Melayu-Islam UMNO di kawasan bandar memilih untuk tidak keluar mengundi kerana tidak yakin dengan Anwar dan kemampuan Gerakan Tanah Air (GTA) untuk menang apabila PH dan GTA gagal bekerjasama.

Sebaliknya, jika Anwar bekerjasama dengan Mahathir, pengundi UMNO di kawasan bandar akan yakin sepertimana pada Pilihan Raya Umum ke-14, dan sudah pasti PH-GTA akan memenangi majoriti mudah atau dua per tiga.

Saya setuju dengan tulisan TTF turut meramalkan dengan tepat bahawa PAS akan menunjukkan peningkatan luarbiasa dari segi perolehan undi.

Perkara ini menjadi jelas apabila ramai pengundi Melayu-Islam UMNO di kawasan zon putih luar bandar memilih PAS.

Pengundi ini terdiri daripada golongan konservatif dan berhaluan kanan, dan mereka yakin dengan PAS kerana PAS berdamping dengan seorang bekas “heavyweight” UMNO yang pernah menjadi Perdana Menteri.

Justeru, apabila Melayu luar bandar berdendam terhadap UMNO dan ingin menghukum parti itu, mereka semestinya memilih PAS.

Saya percaya jika Anwar bersama Mahathir sekurang-kurangnya PH + PEJUANG boleh mencapai kerusi 120 dan ini memboleh Anwar menjadi PM.

Tapi Anwar bodoh, lebih percaya kepada ramalan khayalan Rafizi dengan budak Invoke.

Memang sudah nasib Anwar menjadi PM tepi sampai mati.

NASIR RAMLEE




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo