NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jentera BN janji beri sokongan kepada Che Abdullah


KOTA BHARU:
Jentera BN berjanji memberi sokongan penuh kepada Datuk Che Abdullah Mat Nawi yang dicalonkan parti itu di Parlimen Tumpat pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengerusi BN negeri, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, berkata pihaknya yakin penyandang yang dipecat PAS itu boleh mengekalkan kerusi berkenaan.

"Untuk isu berkaitan Che Abdullah dipecat PAS, saya tidak boleh memberi sebarang pandangan dan soal keahliannya dalam parti BN kita akan bincangkan selepas PRU15.

"Penyertaan Che Abdullah dalam BN adalah secara 'direct membership' dan perjuangan beliau dalam PRU15 ini akan disokong sepenuhnya jentera BN," katanya dalam sidang media selepas Majlis Penyerahan Watikah Calon BN Kelantan di Pejabat UMNO Kelantan di sini, hari ini.

Media hari ini, melaporkan penyandang kerusi Parlimen Tumpat, Datuk Che Abdullah Mat Nawi dipecat serta-merta daripada PAS.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, Che Abdullah yang juga bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan dikenakan tindakan disiplin kerana menjadi calon BN bagi Parlimen Tumpat pada PRU15.

Ahmad Jazlan berkata, rakyat lihat bagaimana kerajaan ditadbir selepas BN kalah sebelum ini yang mana jelas menunjukkan hanya BN yang terbaik dalam mengurus tadbir negara.

Menurutnya, sebelum ini rakyat tidak boleh menilai kerana dahulu tiada parti lain yang menerajui negara, kini bila banyak perubahan berlaku seterusnya memberi ruang kepada rakyat untuk memilih yang terbaik.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo