NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Inilah punca bukan Melayu takut PN, kebangkitan Melayu Islam


PILIHAN Raya (PRU-15) lalu menyaksikan tsunami pengundi Melayu.

Orang Melayu beragama Islam memberi sokongan besar-besaran kepada Perikatan Nasional (PN) yang di dalamnya terdapat Pas dan Bersatu.

Tidak hairanlah PN menyapu bersih negeri-negeri majoriti penduduk Melayu, termasuk tiga buah negeri yang dibubarkan dewan undangan negeri iaitu Perlis, Perak dan Pahang.

Perlis hanya satu kerusi berbaki bukan PN dan dibentuk kerajaan negeri PN. Pahang dan Perak walaupun PN menang, Barisan Nasional (BN) memutuskan bergabung dengan Pakatan Harapan (PH) dan membentuk kerajaan, sebagaimana berlaku di peringkat persekutuan.

Mari kita lihat mengapa begitu kuat para elit politik termasuk istana menghalang pembentukan negara majoriti Islam, sedangkan majoriti penduduk negara ini beragama Islam dan negara ini negara Islam.


Pecahan sokongan mengikut kaum

PH

Malay:.      11%
Chinese:.   94%
Indian:.      83%

Others:.     66%

PN

Malay:.       54%
Chinese:.    0.05%
Indian:.       0.05%
Others:.      5%

BN

Malay:.       33%
Chinese:.    5%
Indian:.       16%
Others:.      27%

Apakah dengan memaksa majoriti rakyat negara ini menerima kerajaan perpaduan akan memadam kebangkitan muslim Melayu?

Jawapannya hanya masa yang akan menentukan, apakah ia betul-betul kebangkitan muslim Melayu, atau hanya kerana baru muda yang belum matang politiknya atau kerana mereka menolak pemimpin bermasalah seperti Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Kini UMNO memulakan kerja membersihkan DAP sebagai rakan sekutu.

Masalahnya para pemimpin UMNO sudah terlampau banyak berbohong kepada rakyat, di mana lagi letak integriti mereka hingga rakyat mempercayai kata-kata mereka.

Mungkin penyokong taksub yang tinggal beberapa kerat sahaja akan termakan cakap-cakap sedemikian, tetapi tidak bagi majoriti muslim Melayu.

Tidak aneh muslim Melayu sendiri tidak yakin negara ini diperintah oleh kaum mereka.

Selain kebanyakan Melayu elit ini berpendidikan barat dan mengamalkan hidup cara barat serta menghantar anak-anak belajar di barat, golongan ini telah terpengaruh dengan pemikiran liberal dan sekular.

Sedangkan kesedaran dalam kalangan kelompok lebih besar mahukan sebuah kehidupan yang lebih islamik.

Di sini berlaku pertembungan nilai yang ditakuti oleh para elit politik Melayu.

Ahli politik sedemikian hanya penunggang bangsa dan agama. Mereka hanya mahu berkuasa dan mengumpul kekayaan berkoyan.

Apakah PRU-16 rakyat muslim Melayu akan menghukum mereka? Tiada siapa mampu memberi jawapan kerana hati manusia sentiasa berbolak-balik.

...
https://suaramerdeka.com.my







........
Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo