NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

'Hubungan PAS-Bersatu seperti kahwin mutaah'


Naib Presiden Umno Mahdzir Khalid menyifatkan hubungan PAS dan Bersatu yang membentuk Perikatan Nasional (PN) hanyalah seumpama perkahwinan mutaah.

Katanya hubungan parti berkenaan hanya bersifat sementara kerana perbezaan yang wujud dalam kedua-dua pertubuhan tersebut.

"Saya fikir gabungan (kerjasama) PAS dan Bersatu ini adalah satu perkahwinan mutaah... perkahwinan sementara.

"PAS pun ada pemikiran sendiri dalam nak buat keputusan, Bersatu (pula) macam penuh dengan emosi, jadi saya fikir mereka tak mempunyai pendirian bersama," katanya.

Mahdzir yang juga menteri pembangunan luar bandar berkata demikian kepada media selepas program bersama pekebun kecil anjuran Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) di Padang Terap, Kedah, hari ini.

Penyandang dan calon BN bagi Parlimen Padang Terap itu berkata demikian ketika diminta mengulas perbezaan pendirian antara Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan dan Pengerusi PN Muhyiddin Yassin berhubung isu kerjasama antara parti selepas PRU ke-15.

Terdahulu Malaysiakini melaporkan kenyataan Takiyuddin mengenai kemungkinan PN membentuk kerajaan persekutuan dengan BN jika gagal memenangi kerusi mencukupi pada 19 Nov ini.

“Saya yakin kita dapat bentuk kerajaan persekutuan sama ada kita sendiri atau gabungan dengan pihak lain termasuk BN," katanya selepas berceramah di Ketereh, Kelantan malam tadi.

Takiyuddin juga menegaskan pandangan itu turut dinyatakan lebih awal oleh Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

Susulan itu Muhyiddin hari ini menyanggah kenyataan dibuat Takiyuddin.

Menurut bekas perdana menteri itu, dia tidak pernah memberi mandatkepada Takiyuddin untuk bertindak sedemikian.

Mahdzir berkata pada masa sama Umno tetap berpegang kepada pendirian dibuat presidennya, Ahmad Zahid Hamidi, dan perdana menteri sementara Ismail Sabri Yaakob berhubung isu kerjasama terbabit.

"Saya fikir seperti mana presiden Umno dan perdana menteri sebutkan bahawa kita (Umno) adalah sebuah parti yang terbuka," katanya.


Sumber I Malaysiakini 




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo