NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Hishammuddin tolak kerjasama dengan Pakatan Harapan


Bendahari Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Hishammuddin Hussein kekal dengan pendiriannya untuk tidak bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi membentuk Kerajaan Persekutuan.

Dalam kenyataan di Facebook beliau jam 3.18 pagi ini (Ahad, 20 November 2022), beliau yang mempertahankan kerusi Parlimen Sembrong berkata apa yang penting sekarang ialah negara dan rakyat memerlukan sebuah kerajaan yang stabil untuk maju.

“Rakyat telah membuat pilihan mereka dalam #PRU15, dan ia harus kita hormati serta insafi. Jelas – tiada satu parti pun berupaya membentuk Kerajaan. Parlimen kini tergantung.

“Yang paling penting – Negara dan Rakyat memerlukan Kerajaan yang stabil dalam melangkah ke hadapan. Ini sebabnya kita mesti bekerjasama dengan pihak yang berkongsi nilai dan matlamat yang sehaluan.

“Namun, saya konsisten sejak sebelum ini lagi, dan saya tetap teguh pendirian untuk tidak bekerjasama dengan Pakatan Harapan,” katanya dalam kenyataan itu.

Hishammuddin bukan antara 14 ahli Parlimen yang pernah berpaling tadah dengan menarik sokongan terhadap Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 2021 lalu.

Sebaliknya menurut laporan Utusan pada 9 Ogos 2021:

“Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan telah menghantar dua warkah kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah susulan isu penarikan sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Dalam warkah tersebut, Ahmad Zahid juga mendedahkan 14 nama ahli Parlimen daripada Barisan Nasional (BN) dan UMNO yang juga telah menarik sokongan kepada Muhyiddin.

Mereka adalah:

  • Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (Bagan Datuk) – menang PRU-15;
  • Datuk Seri Najib Tun Razak (Pekan) – tidak bertanding
  • Datuk Seri Ahmad Maslan (Pontian) – menang PRU-15;
  • Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah (Lenggong) – menang PRU-15;
  • Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (Baling) – kalah PRU-15;
  • Datuk Azalina Othman Said (Pengerang) – menang PRU-15;
  • Datuk Seri Bung Moktar Radin (Kinabatangan) – menang PRU-15;
  • Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (Machang) – kalah PRU-15;
  • Datuk Mohd. Nizar Zakaria (Parit) – kalah PRU-15;
  • Datuk Ahmad Nazlan Idris (Jerantut) – tidak bertanding;
  • Ramli Mohd. Nor (Cameron Highlands) – menang PRU-15;
  • Datuk Mohamad Alamin (Kimanis) – menang PRU-15;
  • Tan Sri Noh Omar (Tanjung Karang) – tidak bertanding; dan
  • Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang) – kalah PRU-15.

Sementara itu, UMNO dijangka mengadakan mesyuarat khas hari ini bagi membincangkan kedudukan parti itu, selepas tiada satu parti memperoleh majoriti cukup untuk membentuk kerajaan.

BN termasuk UMNO yang bertanding di 178 kerusi Parlimen pada PRU-15 mengalami kekalahan terburuknya sejak menyertai PRU, selepas gagal mempertahan banyak kerusi yang dimenangi mereka pada PRU-14 lalu.




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo