NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

GRS akur sebarang keputusan cadangan bentuk kerajaan perpaduan

Hajiji Noor - Foto Bernama



KOTA KINABALU - Gabungan Rakyat Sabah (GRS) senada dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk akur dengan sebarang keputusan dan cadangan Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah bagi mewujudkan kerajaan perpaduan.

Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, GRS berpendirian bahawa pembentukan kerajaan Persekutuan perlu dilaksanakan dengan segera.

"Oleh itu, GRS senada dengan GPS untuk akur kepada apa saja keputusan dan nasihat Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Agong mewujudkan kerajaan perpaduan demi kestabilan negara dan kesejahteraan rakyat.

"GRS berpendirian bahawa penubuhan kerajaan perpaduan harus inklusif dan melibatkan kerajaan Sabah dan Sarawak yang diberi mandat oleh rakyat," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Hajiji yang juga Ketua Menteri Sabah berkata, ia adalah demi memastikan negara maju ke hadapan.

"Kita mesti mempunyai kestabilan politik demi menjamin pembangunan ekonomi ke arah kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat," tegasnya.

Sebelum itu, rakan gabungannya, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) telah menyatakan keterbukaannya untuk menyokong pembentukan kerajaan perpaduan berkenaan.


Sumber I Sinar Harian 








Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo