NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Giliran Korea Selatan cipta kejutan, ikat Uruguay 0-0



DOHA:
Selepas Arab Saudi dan Jepun mencipta kejutan di Piala Dunia Qatar 2022, kini giliran Korea Selatan pula menunjukkan kehebatan pasukan dari negara Asia apabila berjaya mengikat juara dunia dua kali, Uruguay 0-0 sebentar tadi.

Korea Selatan yang turun selaku pasukan bukan pilihan mempamerkan semangat juang yang tinggi untuk mengimbangi barisan bintang yang dimiliki Uruguay seperti Luis Suarez, Darwin Nunez, Edinson Cavani dan Diego Godin.

Permainan berlangsung rancak sejak wisel permulaan dibunyikan dengan kedua-dua pasukan sering berbalas serangan namun, dihampakan penyudah tumpul di depan gawang gol.

Pada minit ke-16, pemain pertahanan, Kim Jin Su berpeluang untuk meletakkan Korea Selatan dihadapan namun, sepakannya melepasi palang gol Uruguay yang dikawal, Sergio Rochet selain Son Heung Min turut terlepas beberapa peluang.

Penyerang Uruguay, Nunez turut terlepas peluang pada minit ke-23 selepas gagat memanfatkan bola hantaran lintang rakan sepasukan, Maria Gimenez dari sebelah kanan pintu gol.

Peluang terbaik untuk Uruguay mendahului hadir pada minit ke-43 menerusi pertahanan tengah tinggi lampai, Godin namun, tandukan pemain Atletico Madrid sekadar menggegarkan tiang gol.

Kegagalan jentera serangan menyaksikan kedua-dua pasukan masuk ke bilik persalinan tanpa sebarang jaringan dan bersambung babak kedua, episod sama berulang apabila permainan berlangsung menarik dengan kedua-dua pasukan melakukan serangan.

Bagaimanapun, ketumpulan jentera serangan memaksa kedua-dua pasukan berkongsi mata selepas terikat 0-0 dan keputusan itu sangat positif buat Korea Selatan kerana berjaya mengikat juara dunia dua kali di pentas Piala Dunia.

Saingan Kumpulan H selepas in akan menyaksikan Uruguay akan menentang Portugal manakala, Korea Selatan akan berdepan Ghana-UTUSAN ONLINE






Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo