NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Gadis tular yang ditumbuk didakwa sebagai adik, abang tumbuk kerana marah tinggalkan ibu sakit


PETALING JAYA
– Video lelaki menumbuk seorang gadis yang tular sejak semalam didakwa kerana masalah keluarga dan dipercayai berlaku di sebuah hospital di Kota Kinabalu, Sabah.

Difahamkan kejadian itu berlaku kerana lelaki berkenaan yang didakwa abang kepada gadis itu terlalu marah kerana gadis itu dikatakan meninggalkan ibunya yang sedang sakit untuk berjumpa dengan kekasihnya.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, pihaknya belum menerima sebarang maklumat atau laporan polis mengenai kejadian itu sama ada benar ia berlaku di Kota Kinabalu.

Walaupun begitu, pihaknya sedang menjalankan siasatan mengenai video tular berkenaan dan meminta kerjasama dari semua pihak untuk tampil memberikan maklumat mengenai kejadian itu.

Terdahulu menerusi ruangan komen di beberapa laman media sosial mendakwa kejadian itu melibatkan pergaduhan adik beradik dan lelaki yang memukul perempuan itu adalah abang kepada mangsa.

“Sebenarnya perempuan itu yang salah, dia bagi tinggal mamanya yang tengah sakit tenat sendiri di rumah semata-mata mahu jumpa teman lelakinya, jadi yang pukul dia itu abang kandungnya sendiri,”tulis Mohammadzaidi Asnawi.

Selain pengguna media sosial, kejadian itu turut menarik perhatian beberapa orang artis yang turut meluahkan kemarahan mereka antaranya, penyanyi Syafiq Farhain.

“Nak je aku jumpa mamat ni, ” ujarnya.




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo