NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

England terlalu kuat buat Iran

NAIB juara Euro, England melaungkan amaran awal The Three Lions sudah bersedia mencabar kejuaraan Piala Dunia apabila membelasah Iran, 6-2 dalam perlawanan Kumpulan B Piala Dunia Qatar 2022 di Stadium Antarabangsa Khalifa, Doha pada Isnin.

Three Lions tampil ke Qatar 2022 untuk meneruskan prestasi hebat dalam kejuaraan utama di bawah Gareth Southgate, setelah mara ke separuh akhir pada 2018 sebelum menamatkan saingan sebagai naib juara Euro 2020.

Biarpun begitu anak buah Southgate turun berdepan Iran dengan rekod enam perlawanan tanpa kemenangan - tiga seri, tiga tewas - selepas menikmati kempen kelayakan tanpa kalah sebelum itu.

Southgate membuat empat pertukaran kepada pasukan yang memulakan perlawanan terakhir England menentang Jerman dengan Jordan Pickford bermula di gawang, Kieran Trippier, Bukayo Saka dan Mason Mount juga membarisi kesebelasan utama pasukan.

Sementara itu, Nick Pope, Phil Foden dan Eric Dier bermula di bangku simpanan, begitu juga Kyle Walker, yang masih berusaha pulih daripada kecederaan pangkal paha.

Sementara itu, Iran kendalian Carlos Queiroz pula beraksi dalam kejuaraan ini untuk kali ketiga berturut-turut 2014, 2018 dan 2022 dengan tiga lagi penampilan berbeza dari edisi 1978, 1998 dan 2006.

Biarpun begitu Team Melli tidak pernah berjaya keluar dari peringkat kumpulan, namun mara ke pusingan akhir tanpa kalah dalam tiga perlawanan terakhir semua kejuaraan.

Pada perlawanan ini Quieroz membuat lapan pertukaran daripada perlawanan persahabatan terakhir menentang Nicaragua, dengan hanya Alireza Beiranvand, Morteza Pouraliganji dan Rouzbeh Cheshmi mengekalkan posisi masing-masing.

Mehdi Taremi, yang terlibat dalam enam gol semasa kelayakan, mengetuai barisan penyudah manakala Sardar Azmoun pula sekadar cukup cergas untuk duduk di bangku simpanan selepas mengalami kecederaan betis.


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo