NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dua gol Valencia kecewakan tuan rumah


ENNER Valencia menjaringkan dua gol ketika Ecuador mengatasi tuan rumah, Qatar 2-0 dalam aksi pertama Piala Dunia Qatar, awal pagi tadi.

Valencia berjaya menjaringkan gol pada minit kedua namun ia dibatalkan VAR ekoran berada dalam kedudukan ofsaid di Stadium Al-Bayt, namun Qatar gagal untuk membaca amaran awal pasukan itu.

Kapten yang penuh klinikal itu menjadi penjaring gol terbanyak Ecuador di pentas Piala Dunia dengan merekodkan gol yang keempat dengan membuka jaringan menerusi sepakan penalti sebelum menggandakan jaringan sebelum tamat separuh masa pertama.

Qatar bagaimanapun berusaha mencari jalan untuk menghadirkan sesuatu dalam penampilan pertama mereka di pentas Piala Dunia, namun gagal melakukan sebarang percubaan tepat ke sasaran ketika Ecuador mempamerkan permulaan yang cemerlang dalam Kumpulan A. -Stadium Astro




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo