NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Cikgu Shukri mulakan tugasi MB Perlis baharu


KANGAR:
Mohd Shukri Ramli memulakan tugas rasmi sebagai Menteri Besar Perlis, hari ini.

Mohd Shukri, 61, tiba di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis di sini dan disambut Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad serta pegawai kanan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.

Beliau kemudian mengimbas cap jari pada perakam waktu di pintu masuk pejabatnya pada jam 9 pagi.

Mohd Shukri yang mesra dengan panggilan 'Cikgu Shukri' berkata, beliau akan berusaha menjalankan tugasnya dengan baik demi rakyat di negeri ini.

"Ini adalah pengalaman baharu...bermulalah dunia baharu selepas lama tidak masuk pejabat, saya akan menyesuaikan diri dengan rutin ini setelah lama bersara sebagai guru," katanya kepada media, hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perlis itu berkata, beliau sudah menghantar nama barisan EXCO Kerajaan Perlis kepada PN pusat semalam.

"Kita tunggu lampu hijau daripada PN pusat dulu untuk buat keputusan," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang itu.

Majlis Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Perlis akan diadakan di Istana Arau pada petang Jumaat ini.

Mohd Shukri yang juga Pesuruhjaya PAS Perlis mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar di hadapan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Istana Arau, semalam.

PN berjaya membentuk kerajaan negeri selepas memenangi 14 daripada 15 kerusi DUN, selain menyapu bersih tiga kerusi Parlimen iaitu Padang Besar, Arau dan Kangar pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). – BERNAMA


Komen: ...Buat yang terbaik supaya rakyat lihat dan buka mata bahawa PN/PAS boleh memerintah dengan baik




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo