NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Calon Bebas buat kejutan, Riduan Rubin menang di Tenom


KOTA KINABALU:
Calon Bebas, Riduan Rubin cipta kejutan di Sabah selepas berjaya menawan kerusi P.181 Tenom pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menerusi saingan lima penjuru, Riduan menang dengan 10,027 undi dan majoriti 1,108 menewaskan penyandang kerusi berkenaan Noorita Sual (Pakatan Harapan) yang meraih 8,919 undi.

Calon Barisan Nasional (BN), Jamawi Ja'afar pula 8,625 undi; calon Parti Warisan (Warisan), Ukim Buandi (992 undi), manakala calon termuda Peggy Cha Zhi Ting (Bebas) hanya mendapat 86 undi, sekali gus hilang deposit.

Kerusi Parlimen Tenom antara yang mencuri tumpuan susulan berlaku kekecohan pada proses penamaan calon, 5 November lalu kerana pencalonan Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) ditolak oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Riduan, yang juga anak kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemabong daripada Bersatu, Datuk Rubin Balang kemudian menyertai KDM.




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo