NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

BN, PH dijangka akan bentuk jajaran baharu politik


KOTA BHARU: Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) dijangka bekerjasama membentuk jajaran baharu politik selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ketua Penerangan PERIKATAN NASIONAL Kelantan, Dato’ Mohd Nassuruddin Daud berkata, berdasar perkembangan semasa sekarang, banyak pihak mengandaikan tiada gabungan parti yang dapat keputusan majoriti.

Bahkan katanya, perkara itu turut didedah mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa ada perjanjian antara BN dan PH mengenai perkara tersebut.

“Ambo jarang nak percaya Tun, tetapi dalam bab ini rasa nak percaya, bab ni ambo percaya Tun, dia (Umno) nak pakat, kalau tanya dia (Umno) tidak akan mengaku,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan pada Ceramah Umum Machang Bangkit di Dataran Kemuning Jalan Lama Kuala Krai Kota Bharu di sini malam tadi.

Hadir sama Yang Dipertua PAS Machang Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan; Ketua Bersatu Machang Kamaruddin Abdul Kadir dan calon PERIKATAN NASIONAL, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Mohd Nassuruddin juga berkata semua orang tahu Presiden Umno Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi berhadapan perbicaraan kes di mahkamah yang mahu PRU15 diadakan segera.

“PRU15 ini kelihatan kerana kepentingan individu, bukannya untuk membela rakyat yang terbeban selepas Covid-19. Sedangkan di musim tengkujuh sekarang rakyat berdepan dengan banjir.

“Kita semua tahu bulan November dan Disember musim tengkujuh, tetapi Umno mahu PRU diadakan kerana nak dapat kuasa, dia tidak kira, rakyat susah atau tidak.

Orang ramai yang hadir pada Ceramah Umum Machang Bangkit, malam tadi.

“Tetapi dia tekan Perdana Menteri sehingga Parlimen dibubarkan. Sedangkan rakyat di banyak tempat sekarang ramai rakyat dipindahkan kerana banjir,” katanya. – HARAKAHDAILY

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo