NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

BN mesyuarat lagi malam ini


Timbalan Presiden MIC M Saravanan mengesahkan Dewan Tertinggi BN akan mengadakan mesyuarat kali kedua yang dijadualkan berlangsung malam ini di Menara Dato Onn.

Tanpa mendedahkan butiran lanjut, Saravanan berkata mesyuarat itu akan berlangsung di ibu pejabat Umno pada 8.30 malam.

“Saya tidak tahu. Setakat ini, saya hanya menerima notis mengenai mesyuarat itu,” katanya kepada media yang menunggu ketika keluar dari bangunan itu.

Sementara itu, Presiden MCA Wee Ka Siong juga berkata akan ada mesyuarat yang dijadualkan malam ini.

Bagaimanapun, Wee enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai mesyuarat itu, dengan berkata “tunggu dan lihat sahaja."

“Awak dah tahu, kenapa awak tanya saya. Beri saya sedikit masa untuk makan malam,” katanya sambil bergurau.




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo