NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

BN ‘king maker’ pembentukan kerajaan negeri Perak


IPOH:
Barisan Nasional (BN) akan menjadi king maker dalam pembentukan kerajaan negeri Perak setelah Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) tidak mempunyai majoriti sekurang-kurangnya 30 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk menjadi kerajaan.

PN mempunyai 26 kerusi manakala PH 24 kerusi, menyebabkan kerajaan negeri tergantung manakala BN menang sembilan kerusi.

Dalam keadaan itu, PN atau PH perlu mencari rakan gabungan untuk menubuhkan kerajaan negeri.

PN mendahului langkah membentuk kerjasama dengan BN apabila Setiausaha PN Perak, Razman Zakaria berkata, parti itu akan me­ngadakan perbincangan de­ngan BN bagi membentuk kerajaan negeri.

Gabungan PN yang mempunyai 26 kerusi dan BN dengan sembilan kerusi akan membentuk kerajaan kukuh dengan jumlah 35 kerusi.

Diketahui PN hanya akan be­kerjasama dengan BN dan menolak kerjasama dengan PH.

Setakat petang kelmarin, belum ada maklumat mengenai perbincangan di antara PN dan BN.

PH juga perlu mencari rakan kerjasama bagi membentuk kerajaan negeri namun pilihan yang ada hanya BN.

Dalam hal ini, mungkinkah PH juga akan menawarkan kerjasama dengan BN?

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin antara nama yang disebut-sebut sebagai calon Menteri Besar selain ADUN Gunung Semanggol, Razman Zakaria.

Apa yang dilalui BN ketika ini mengulangi yang berlaku selepas PRU14 apabila kedua-dua parti utama, BN dan PH gagal membentuk kerajaan sendiri.

PH mendapat 29 kerusi, BN dengan 27 manakala Pas mendapat tiga kerusi.

Bermakna mana-mana parti yang disokong Pas akan boleh membentuk kerajaan negeri.

Namun Pas memilih berada di luar kerajaan negeri ketika itu apabila dua ADUN UMNO menyertai Bersatu untuk PH membentuk kerajaan negeri. – UTUSAN




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo