NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Aplikasi Tabung Haji Thijari diberi kontrak oleh Kerajaan PH kepada Syarikat Tony Phua?

Hari ini kita dedah satu benda janggal dalam Tabung Haji ketika zaman PH. Tabung Haji ni ada satu platform bernama THijari. Macam CIMB ada CIMBClicks dan Maybank ada Maybank2u lah.

Jadi platform sebegini sangat sensitif sebab banyak maklumat dan data dapat diakses oleh 9 juta pendeposit TH. Kontrak bagi pembangunan dan penyelenggaraan THijari ini diberi kepada CyberVillage Sdn Bhd pada 31 Disember 2019 (Rujuk Lampiran A)

Nilai kontrak adalah RM4.53 juta. (Rujuk Lampiran B)

Kontrak ini ditandatangani oleh dua individu mewakili Cyber Village iaitu Shieh Yee Bing dan Sua Shii Huey. Saya menyemak siapa sebenarnya Cyber Village dan didapati syarikat ini dimiliki oleh sebuah syarikat lain bernama Silverlake Axis Ltd yang berpengkalan di Singapura dengan hampir semua Lembaga Pengarah dan Pengurusan syarikat tersebut adalah bukan Bumiputera.

Menjadi persoalan, atas sebab apa kontrak pembangunan Aplikasi THijari ini diberi kepada syarikat yang dimiliki oleh orang bukan islam. Tiada seorang pun pemegang sahamnya adalah orang Islam sepanjang semakan saya

Sedangkan ia tidak selari dengan misi dan visi Tabung Haji untuk menjadi tonggak ekonomi umat. 
 
Malah Tabung Haji juga sebenarnya mempunyai anak syarikat bidang IT bernama Theta Edge Berhad yang saya kira lebih daripada mampu untuk membangunkan platform kewangan seperti THijari.

Dan selain Theta, masih banyak syarikat dimiliki anak tempatan yang mempunyai kemampuan untuk membangunkan plafrom maya institusi kewangan. 

Dahulu PH mengkritik MySejahtera kerana dibangunkan syarikat asing yang memberi risiko keselamatan data pengguna. Sampai dibawa ke mesyuarat PAC Parlimen

Tapi rupanya pada zaman mereka, platform online Tabung Haji juga dibangunkan oleh syarikat milik warga asing (Singapura)

Lalu saya membuat carian lain tentang asal usul Cyber Village. Apa lebihnya syarikat ini sehingga diberikan kontrak oleh Tabung Haji pada zaman PH. Banyak sangat ke pengalamannya? 

Semakan saya mendapati syarikat ini diasaskan oleh 3 individu pada tahun 1997 (Rujuk Lampiran C). 

Salah seorang individu yang juga merupakan pemilik majoriti saham pada ketika ia ditubuhkan bernama Pua Kiam Wee dengan no KP: 720801-01-XXXX (Rujuk Lampiran D)

Cuba teka siapa Pua Kiam Wee?

Ya. Nama glamornya adalah Tony Pua. 

Tony Pua adalah Ahli Parlimen DAP Damansara dan Setiausaha Politik Menteri Kewangan Lim Guan Eng pada ketika kontrak ditandatangani.

----

Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Sik, Kedah
( Hide )
  1. Haha, sila google lah sikit pasal tony pua, cyber village dan silverlake~! Tony Pua tubuh cyber village tahun 1997, jual habis syer dia tahun 2007, silverlake beli cyber village 2013, TH bagi kontrak silverlake 2019.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. tangan masih ada tu walau dah jual

      Delete

© all rights reserved
made with by templateszoo