NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Apa Anda Perlu Tahu Secara Ringkas Sebelum Beli SSD?



SSD
atau Solid-State Drive merupakan salah satu bentuk pemacu storan yang semakin popular dari hari ke hari, disebabkan oleh prestasi yang ditawarkan lebih pantas, disamping ia beroperasi tanpa mengeluarkan bunyi mekanikal seperti HDD.

Pada hari ini, SSD disokong pada pelbagai peralatan, selain komputer, turut boleh digunakan pada konsol seperti PlayStation 5 dalam memperluaskan storan yang ditawarkan.

Saiz

Sebelum memperluaskan storan pada komputer atau sebarang peranti anda, salah satu perkara yag perlu dilihat adalah saiz fizikal yang disokong pada komputer atau peranti. Seperti ramai sedia maklum, saiz cakera keras (HDD) adalah yang paling besar antara semua storan digital moden hari ini.

Jikalau dibandingkan dari segi saiz, Cakera Keras (HDD) > SSD SATA > SSD PCIe M.2.

Untuk makluman, pada hari ini, pelbagai rangka komputer desktop moden menyokong semua jenis storan. Tetapi untuk komputer riba moden, lebih banyak menyokong storan SSD M.2, dan beberapa model masih hadir dengan sokongan storan bersaiz 2.5-inci.

Selesai memilih saiz fizikal yang selari, anda seterusnya boleh memilih saiz storan yang diperlukan berdasarkan kepada penggunaan.

Prestasi

Dari segi prestasi, SSD menawarkan prestasi yang lebih pantas berbanding dengan cakera keras (HDD). Tetapi, ia hadir dengan kos yang agak mahal berbanding HDD. Sebagai perbandingan, HDD menawarkan ruangan storan besar pada harga murah, berbanding SSD yang membawa kos lebih tinggi.

Namun, dari segi kelajuan, SSD menawarkan kelajuan lebih tinggi untuk pembacaan data, pemindahan, mahupun penulisan.

PCIe vs SATA

Bergantung pada keperluan dan juga komputer anda, anda perlu memilih SSD berdasarkan kepada sambungan berasaskan PCIe atau SATA.

Secara kasarnya, sambungan PCIe menawarkan kelajuan pemindahan data lebih pantas, termasuk PCIe 4.0 yang menawarkan kelajuan pemindahan mencapai 7GB/s, berbanding SATA sekitar 600MB/s.

Kebiasaannya, pelbagai komputer sedia menyokong sambungan berasaskan SATA. Dari segi harga juga, sambungan berasaskan SATA lebih berharga rendah.

Disamping itu, salah satu perkara yang anda perlu lihat juga adalah jenis sambungan yang ditawarkan – sama ada M.2 atau U.2. Kebiasaannya, pelbagai peranti termasuk PlayStation menyokong sambungan berasaskan M.2. Untuk makluman, terdapat juga penyesuai yang boleh menjadikan sambungan M.2 kepada U.2, dan sebaliknya.

Sekiranya anda inginkan prestasi yang lebih pantas, dan tidak risau akan harga yang dibelanjakan, SSD PCIe mungkin pilihan baik untuk anda.

Samsung 980 PRO SSD

Jadi, secara ringkasnya, ia bergantung kepada keperluan anda. Sekiranya anda inginkan prestasi yang pantas dan tidak kisah wang yang dikeluarkan, penggunaan SSD berasaskan PCIe 4.0 mungkin sesuai untuk anda. Tetapi, sekiranya anda masih menggunakan HDD, dan perlukan SSD, versi SATA sedia memadai sekiranya tidak perlukan kadar penulisan dan pemindahan data yang pantas. Sebagai contoh untuk perbandingan, untuk SSD keluaran Samsung versi SATA III dengan storan 250GB berharga RM277, sementara jenama sama tetapi penawaran PCIE 4.0 NVME M.2 dengan storan 250GB berharga RM402.

AMANZ




Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo