NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Anwar ulangi PH cukup sokongan untuk tubuh kerajaan Persekutuan

Pengerusi PH Anwar yakin diberi peluang sebagai perdana menteri. - Foto hiasan BERNAMA

KUALA LUMPUR: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, malam ini sekali lagi menegaskan gabungan itu mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan Persekutuan.

Susulan itu, Anwar yang juga Presiden PKR, yakin beliau akan diberi peluang untuk menjadi Perdana Menteri.

Anwar bagaimanapun enggan menyatakan parti atau mana-mana Ahli Parlimen yang akan bekerjasama dengan PH.

"Sejak semalam sudah cukup (112 kerusi Parlimen). Seperti yang saya kata semalam, ia sudah selesai.

"Bagaimanapun, saya mahu ia dilakukan dengan cara yang betul. Biar mereka (parti atau Ahli Parlimen yang akan bekerjasama) mengeluarkan kenyataan sendiri.

"Apa pun, saya gembira kerana kita sudah menyelesaikannya. Saya fikir dengan sokongan yang diperoleh, saya yakin, insya-Allah, saya akan diberi peluang untuk menerajui negara ini," katanya ketika ditemui pemberita di luar kediamannya di Kajang, malam ini.

Berita lanjut menyusul


Sumber | BH Online




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo