NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Anwar pernah tawar jawatan TPM pada saya, dakwa Muhyiddin


PETALING JAYA:
Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin mendedahkan beliau pernah ditawar jawatan timbalan perdana menteri oleh Anwar Ibrahim sebelum presiden PKR itu dipecat Dr Mahathir Mohamad pada 1998.

Muhyiddin berkata, ketika itu beliau tidak berpuas hati selepas dilantik sebagai menteri belia dan sukan namun Anwar memberitahunya supaya bersabar untuk seketika.

“Anwar beritahu (Dr) Mahathir (Mohamad) akan berhenti (melepaskan jawatan) dan beliau akan menjadi perdana menteri manakala saya pula timbalannya,” katanya menurut Utusan Malaysia.

Bagaimanapun, tawaran itu tidak menjadi kenyataan kerana Anwar dipecat sebagai timbalan perdana menteri selepas bergaduh dengan Mahathir yang juga perdana menteri ketika itu.

Jelas Muhyiddin, Anwar sekali lagi ada menyebut perkara itu selepas beliau dilantik sebagai perdana menteri ketika kunjungan pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu ke pejabatnya.

“Saya beritahu dia, sudahlah. Sekarang saya adalah perdana menteri. Dia tidak akan menjadi perdana menteri selagi dia berkawan dengan DAP.

“Saya juga beritahu yang orang Melayu akan tolak dia kerana bersama-sama dengan DAP. Saya bercakap terus-terang dan hari ini kita nampak dia masih di situ (bersama DAP),” katanya yang juga presiden Bersatu.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, Anwar mungkin berdepan situasi sukar untuk memimpin negara sekiranya dilantik menjadi perdana menteri selepas pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Ini kerana katanya, Anwar sudah 20 tahun meninggalkan pentadbiran kerajaan dan bukan mudah untuk beliau mentadbir dalam keadaan dasar yang kini berbeza.

“Betul, dia masih boleh menjadi perdana menteri, itu saya tidak nafikan, tetapi kalau sudah 20 tahun meninggalkan pentadbiran kerajaan, saya fikir ia agak sukar.

“Ini kerana beliau harus memahami segala dasar dan tindakan (kerajaan yang terkini). Kalau tidak ada pengalaman tertentu untuk menguruskan negara, kita mungkin berhadapan dengan risiko besar,” katanya.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo