Kita dimomok dengan ‘Pembersihan’ dalam UMNO perlu dilakukan khususnya melibatkan mereka yang mementingkan diri berbanding perjuangan dan masa depan parti.
Pengerusi Veteran UMNO Malaysia, Datuk Othman Desa berkata, bagaimanapun bukan mudah untuk pembersihan dilakukan kerana ia perlu dibuat mengikut perlembagaan dan peraturan parti agar tidak wujud perpecahan dalam UMNO ketika di ambang persediaan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Justeru menurutnya, mana-mana pemimpin yang sudah lari daripada perjuangan parti perlu muhasabah diri dan kembali ke pangkal jalan seterusnya memperkukuhkan kembali persepakatan sedia ada.
“Dalam UMNO ramai pemimpin dan perbezaan pendapat perlu dilayani dengan baik cuma jangan mengkhianati parti, khianati perjuangan...jangan buat tindakan yang boleh lemahkan parti.
“Kalau dalam UMNO kena cakap bagi pihak UMNO jangan cakap bagi pihak orang lain. Sedih bila ada pemimpin-pemimpin dalam parti kita sendiri kadang-kadang bercakap dan bertindak melemahkan parti sendiri.
“Kalau marahkan individu jangan salahkan UMNO. Sebab itu mana-mana pemimpin yang terlajak cakap, terleka atau tersilap langkah kembalilah ke pangkal jalan berpakat dan sepakat menghadapi PRU15,”
Ahmad Zahid menegaskan bahawa tindakan pembersihan itu dilakukan adalah untuk menyegarkan UMNO.
Walaubagaimana pun mengikut sumber dalaman mengatakan usaha memastikan orang-orang yang tidak disukai dalam UMNO perlu dicantas awal supaya mereka tidak akan menjadi beban atau halangan bila UMNO-PKR akan bergabung selepas PRU15 nanti. Memang sukar nak bersetuju untuk Anwar menjadi PM nanti selepas PRU15 melainkan mereka perlu dicantas dahulu.
Kalau mereka tak dicantas ada kemungkinan UMNO akan bergabung dengan PN semula selepas PRU15 disebab ada mereka ini dalam UMNO yang menang kerusi parlimen.
Bila mereka dicantas, mereka melawan lagi mudah untuk UMNO melabelkan mereka sebagai pengkhianat UMNO.
Mengikut sumber dalam juga perancangan menyingkirkan UMNO adalah usaha sama dengan Anwar dan meraka yang masih bertanding akan melawan kawasan kubu PH dan sukar untuk menang seperti KJ, Hishamuddin dll.
Seperti yang dimaklumkan oleh laporan perisik Malaysia, bahawa tak ada parti politik yang akan dominan dalam PRU15 kali ini dan memerlukan wujud gabungan.
Menurut sumber dalam Anwar dan Zahid Hamidi termasuk beberapa pemimpin UMNO sudah memahami tentang wujud gabungan ini dan bersetuju Anwar menjadi PM dan Zahid Hamidi menjadi TPM
Untuk makluman Zahid Hamidi adalah orang kuat Anwar sebelum Anwar di pecat 1998.
NASIR RAMLEE
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment