NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Anwar akan pulang dengan tangan kosong - Saarani


IPOH:
Meskipun aura Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat agak memberangsangkan di Tambun, namun Datuk Saarani Mohamad berpendapat ia tidak akan mempengaruhi pengundi di kawasan tersebut.

Bahkan, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak itu meramalkan Anwar akan pulang dengan tangan kosong, atau dalam erti kata lain, tumpas di kerusi Parlimen Tambun.

Mengambil contoh aura sama di Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Sarawak, Saarani berkata aura di kedua-dua PRN itu juga dilihat agak kuat, namun Pakatan Harapan (PH) pulang hampa selepas tamat pilihan raya.

“Kosong…kosong, saya yakin dia salah kira sebab orang Tambun mungkin tak sama dengan Damansara.

“Orang Tambun tak mungkin sama dengan Kota Raja…orang Tambun dia ada cara tersendiri.

“Saya yakin orang Tambun ini ada kebijaksanaannya dalam memilih pemimpin sebab dia perlu untuk memilih kerajaan yang kuat dan stabil; dia tak akan pilih pemimpin yang cakap secara retorik sahaja.

“Dia nakkan pemimpin yang boleh bercakap, pada waktu sama boleh bekerja keras, ada wawasan untuk membangunkan negeri Perak ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam temu bual khas bersama Astro AWANI di kediaman rasminya baru-baru ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim umum diri bertanding di Parlimen Tambun pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

Perkara itu dimaklumkan beliau sendiri ketika menyampaikan ucaptama dalam Konvensyen Harapan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa (ICC) Ipoh pada 20 Oktober lepas.

Mengakui Parlimen Tambun bukan satu kerusi yang mudah ditandingi, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu yakin mampu mencipta kemenangan di kerusi itu.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo