NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Akhirnya Ismail Sabri tercicir daripada senarai calon PM dedah Sanusi


Nama Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri (PM) selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sudah tercicir dan bukan lagi pesaing utama bagi jawatan nombor satu negara itu, kata Menteri Besar Kedah.

Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS berkata kini hanya tinggal dua nama sahaja yang bakal menjadi PM Kesepuluh, iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana Ismail Sabri sudah terkeluar daripada perlumbaan.

“Mail Sabri (Ismail Sabri) ni dah out of race, tak boleh, tak boleh pergi lagi. Dia nak pi (jadi) macam mana, parti dia (UMNO) tak sokong dia.

“Dia nak jadi poster boy, last-last tak boleh jadi poster boy. Tak tahu saya pun tak pernah tengok poster dia, Zahid pun nak jadi poster boy,” katanya semasa jelajah Perikatan Nasional Best malam tadi.

Sanusi berkata UMNO kini dalam keadaan kacau-bilau selepas beberapa pemimpinnya tidak tersenarai menjadi calon, malah calon kerusi Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin Abu Bakar sendiri mengakui parti tersebut sudah rosak.

“Khairy kata UMNO dah rosak. Tuan-tuan, UMNO-Barisan Nasional sudah berselerak,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, Sanusi membuat perbandingan antara Anwar dan Muhyiddin sebelum ini yang dipecat UMNO, ia berbeza sama sekali kerana Presiden PKR itu dipecat kerana masalah akhlak sementara Muhyiddin dipecat kerana melawan rasuah.

“Dua-dua ni kena pecat. Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat oleh UMNO zaman Datuk Seri Najib Razak kerana lawan kes 1MDB (1Malaysia Development Berhad).

“Anwar Ibrahim dipecat daripada UMNO sebagai timbalan presiden dan juga timbalan perdana menteri kerana isu bukan lawan kes penyelewengan bukan. (Tapi dipecat) sebab isu akhlak dan moral,” katanya lagi.

Untuk rekod, Anwar sebelum ini sudah disabitkan bersalah terhadap dua pertuduhan kes liwat dihadapinya sebelum ini dan hanya dibebaskan menerusi pengampunan pada 2018 selepas kemenangan Pakatan Harapan pada PRU-14 lalu.

Namun, Sanusi menggesa agar semua pengundi di Parlimen Tambun untuk menolak Anwar pada PRU-15 kali ini bagi mengelak negara berterusan terjebak dalam kancah politik hanya kerana semata-mata cita-cita peribadi seorang individu mahu menjadi PM.

“Saya datang jauh dari Kedah, datang ni nak menasihat, nak minta tolong sekalian rakyat Tambun yang akan mengundi pada 19 November ini tolong jangan undi Anwar Ibrahim, tolong undi sahabat saya Datuk Seri Peja (Faizal Azumu).



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo