NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Agong titah BN sertai kerajaan bukan diterajui PN, kata Zahid


Pengerusi Barisan Nasional (BN) Ahmad Zahid Hamidi hari ini berkata Yang di-Pertuan Agong menitahkan semua 30 ahli Parlimen gabungan itu supaya menyokong dan mengambil bahagian dalam kerajaan yang bukan diterajui oleh Perikatan Nasional (PN) ketika kemuncak kemelut politik yang melanda negara selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) 19 November lalu.

Dalam sebuah kenyataan, Zahid berkata ia adalah demi memastikan sebuah kerajaan yang stabil dan makmur dapat dibentuk selepas sebelumnya membuat untuk berkecuali dan menyerahkan kepada kebijaksanaan Agong untuk menentukan keputusan akhir.

“Hal ini berlaku selepas Yang di-Pertuan Agong menitahkan semua 30 ahli Parlimen BN supaya menyokong dan mengambil bahagian dalam kerajaan yang bukan diterajui oleh PN.

“Maka BN menjunjung titah tersebut dan meletakkan kepentingan negara mengatasi kepentingan individu dan parti. 

“BN tidak mahu berpolitik sepanjang masa dan ingin memfokuskan masalah ekonomi rakyat yang perlu ditangani bersama,” katanya.

Kemelut politik melanda negara apabila kerajaan tidak dapat dibentuk selepas tiada gabungan mendapat majoriti mudah bagi menentukan perdana menteri baru selepas keputusan PRU15 diumumkan.

Pengerusi PN Muhyiddin Yassin dan Anwar Ibrahim yang menerajui Pakatan Harapan (PH) terpaksa bersaing untuk membuktikan mereka mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen, di mana kedua-dua mereka mendakwa mempunyai majoriti kepercayaan ahli Dewan Rakyat.

Kedua-dua mereka dipanggil mengadap oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah di mana Muhyiddin berkata 115 akuan bersumpah ahli Parlimen diserahkan kepada Istana Negara.

Bagaimanapun, ia ditolak oleh istana, dan Agong mencadangkan supaya Anwar dan Muhyiddin membentuk kerajaan perpaduan yang ditolak oleh PN.

Namun, setelah Agong mendapatkan nasihat Majlis Raja-Raja Melayu, Anwar akhirnya dinamakan sebagai perdana menteri baru pada 24 November sekali gus mengakhiri kemelut politik selama hampir lima hari dalam negara.


......
https://www.malaysianow.com




........
Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo