NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Adik Sajat tiba-tiba meletus! Tuduh abang kaki kelentong... “Kau penipu makan duit orang ramai”


NAMA
usahawan kontroversi Nur Sajat dan adiknya iaitu Mustika menjadi perhatian sejak beberapa hari lalu apabila kedua-dua dilihat berbalas kenyataan memburukkan antara satu sama lain di media sosial.

Mustika secara terbuka mendedahkan abangnya itu sebagai seorang kaki penipu malah pernah menganiaya orang lain untuk mengaut keuntungan dalam perniagaan.

"34 tahun aku kenal kau. Akulah adik yang dipijak supaya kau naik. RM50,000 aku tolong ketika tiada orang percaya kau boleh buat perniagaan. Tapi akulah tolong kau.

Masalah Sajat dan Mustika kembali jadi bualan hangat.

"Penipu! Kau penipu makan duit orang ramai. Kau tabur fitnah, buka aib, guna segala duit untuk kawal orang lain," katanya.

Mustika membuat pendedahan tersebut menerusi hantaran di Instagram yang turut memuat naik ramakan perbualan Sajat bersama ibu mereka.

Dalam pada itu, Mustika juga mendakwa Sajat mempergunakan adik bongsu mereka sebagai penama ketika membuat pinjaman bank sehingga menyebabkan namanya disenarai hitamkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Adik Sajat tiba-tiba ‘meletup’, Mustika luah perasaan terbeban masalah abang sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: Nourul Wahab jumpa Sajat, ternganga dengar kisahnya di Australia

"Begitulah nasib semua yang pernah kenal Sajat. Adik bongsu pun kau buat sampai blacklist. Guna akaun adik sampai dia tak boleh buat pinjaman.

"Muhammad Sajjad tidak bertanggungjawab! Dia umpama dajal yang menyebar fitnah tanpa bukti. Sekarang ini kau kerja apa pun kami tak tahu," katanya.

Sementara itu, Sajat yang kini bergelar pelarian di Australia turut ditanya mengenai persengketaan mereka yang dikatakan sudah berlarutan sejak tahun lalu.

Muhammad Sajjad tidak bertanggungjawab! Dia umpama dajal yang menyebar fitnah tanpa bukti

MUSTIKA

Sajat menerusi sesi siaran langsung di TikTok bagaimanapun memberitahu memaafkan apa sahaja kenyataan dikeluarkan Mustika namun enggan kembali berbaik dengan adiknya itu.

"Biarlah dia nak cakap apa. Kalau nak tahu apa isunya korang boleh cari di YouTube. Saya maafkan apa sahaja yang dia cakap. Tapi untuk berbaik memang taklah," tegasnya.

Untuk rekod, Sajat pernah mencetuskan misteri apabila gagal dikesan pihak berkuasa selepas waran tangkap dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor pada 23 Februari 2020.

Sajat kini menetap di Australia.

Sajat dilaporkan berjaya meloloskan diri ke Thailand ketika negara berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Persembunyian usahawan itu akhirnya terbongkar apabila dia ditahan pihak Imigresen Thailand pada 8 September 2021 di sebuah kondominium di Bangkok atas tuduhan memiliki pasport tidak sah.

Ketika itu, Sajat mengemukakan kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian (UNCHR) sebelum berhijrah ke Australia.




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo