NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Acara Pembukaan Piala Dunia Dimulakan Bacaan Surah Al-Hujurat, Selit Mesej Keamanan


Siapa yang tengok persembahan pembukaan FIFA WORLD CUP QATAR semalam?

Kalau ada yang mengikuti perkembangan FIFA WORLD CUP IN QATAR 2022, mesti korang perasan dengan alunan ayat kitab suci Al-Quran berkumandang dalam acara kelolaan FIFA buat pertama kali dalam sejarah. Malah, ia turut menjadi topik perbualan dunia.

Acara Pembukaan Piala Dunia Dimulakan Bacaan Surah Al-Hujurat, Selit Mesej Keamanan
Foto Via  REUTERS/Kim Hong-Ji

Difahamkan, segalanya bermula apabila pelakon terkenal Hollywood Morgan Freeman bersama ahli perniagaan termuda Qatar Ghanim Al Muftah, berkongsi pentas bercakap mengenai kemanusiaan dan penyatuan.

Terselit Mesej Keamanan

Pada permulaan pembukaan, Freeman menyampaikan mesejnya mengenai keamanan.

Acara Pembukaan Piala Dunia Dimulakan Bacaan Surah Al-Hujurat, Selit Mesej Keamanan

“Apa yang menyatukan kita lebih besar daripada apa yang memisahkan kita. Kita adalah satu suku besar dan Bumi adalah khemah kita. Bersama-sama kita menyeru agar semua orang bersatu.

“Ini adalah panggilan kepada seluruh dunia. Bola sepak menyatukan rakyat dan negara. Terdapat satu benang harapan dan rasa hormat.

“Bola sepak meluaskan dunia, ia menyatukan negara dalam kecintaan mereka terhadap permainan bola sepak ini. Apa yang menyatukan negara, ia menyatukan masyarakat. Kita semua mempunyai sejarah bola sepak, begitu juga dengan Qatar,”  katanya.

Kemudiannya, Muftah memulakan bacaan Surah Al Hujurat ayat 13 di atas pentas semasa acara pembukaan Piala Dunia FIFA 2022 itu.

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal.” Surah Al Hujurat ayat 13

Perkara tersebut mendapat perhatian ramai terutamanya daripada golongan orang Arab dan Muslim di media sosial, di mana rata-rata mereka menyatakan rasa bangga dengan upacara yang memberi pengaruh besar serta cara Qatar dalam memperkenalkan Islam kepada masyarakat sedunia.

Difahamkan, Muftah dilahirkan dengan penyakit yang jarang ditemui, di mana ia menjejaskan tulang belakang bawahnya yang dipanggil sebagai Sindrom Regresi Caudal. Segmen mereka berakhir dengan Freeman menghulurkan tangan untuk memegang tangan Ghanim Al Muftah.

Sumber : (1)




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

( Hide )

© all rights reserved
made with by templateszoo