NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Abdul Hadi dedah pernah jumpa Tun M untuk jatuhkan BN


KOTA BHARU - P
residen Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendedahkan beliau pernah berjumpa dengan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk berbincang tentang menjatuhkan BN.

"Pada pertemuan itu, apa yang berlaku ialah Tun M meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan pentadbiran BN.

"Tun M inginkan satu perubahan dengan menubuhkan kerajaan perpaduan, tetapi disebabkan perbezaan pendapat kami terpaksa menolaknya," katanya semasa sidang akhbar pada program turun padang di Pasar Peringat, di sini pada Ahad.

Menurut beliau, Pas menolak untuk bergabung kerana ada penyertaan DAP.

Tambahnya, ajakan tersebut tidak dipersetujui kerana DAP masih mendominasi dalam gabungan berkenaan.

Abdul Hadi berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pertemuan beliau dengan Tun M sebelum PRU15.

Media tempatan melaporkan pertemuan itu bagi berunding dan membentuk kerjasama demi perpaduan ummah.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo