NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Abang Jo kunjungi Anwar


PETALING JAYA:
Perdana Menteri Anwar Ibrahim menganggap Gabungan Parti Sarawak (GPS) sebagai antara tunggak kerajaan perpaduan yang diterajuinya.

Ketika kunjungan Pengerusi GPS, Abang Johari Openg ke kediamannya hari ini, Anwar turut menyatakan keyakinan hubungan antara kerajaan persekutuan dan Sarawak lebih akrab dan diperkukuh bawah kerajaan perpaduan.

“Gabungan Parti Sarawak menjadi antara tunggak selain Barisan Nasional, parti Warisan dan juga Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang membentuk kerajaan perpaduan yang dikemudi saya.

“Insya-Allah, hubungan antara kerajaan persekutuan dan Sarawak pastinya lebih akrab dan diperkukuh dalam rencana melakar sebuah Malaysia yang lebih baik dan berketerampilan,” katanya yang turut berkongsi beberapa foto kunjungan itu di Facebook.

GPS dan GRS pada mulanya menyokong Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri selepas tiada gabungan parti yang mendapat majoriti mudah pada PRU15.

Bagaimanapun, dua parti gabungan dari Borneo itu kemudian mengubah pendirian dengan menyokong titah Yang di-Pertuan Agong yang mahukan satu kerajaan perpaduan ditubuhkan.

GPS yang merupakan gabungan empat parti terdiri daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP), memenangi 23 daripada keseluruhan 31 kerusi Parlimen di Sarawak PRU15.

Anwar dalam sidang media pada hari pertamanya memasuki Pejabat Perdana Menteri di Perdana Putra, Putrajaya berkata kerajaan perpaduan pimpinannya telah mencapai majoriti dua pertiga melalui penyertaan terkini oleh GRS.







........
Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo