NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

60 tahun memerintah golongan miskin bergolak gadai - Bila PN tunjuk inisiatif baharu BN nak bagi pendidikan percuma


60 tahun BN memerintah golongan miskin bergolak gadai untuk meningkat taraf pendidikan bagi mengharungi hidup kian meningkat. Tak banyak peluang yang ada untuk kroni dan kelompok BN sahaja. Daripada JKKK sehingga ke atas semuanya hanya bagi tembolok mereka sahaja kenyang. Bila PN tunjuk inisiatif bagaimana Pendidikan percuma untuk golongan miskin baharu BN nak bagi pendidikan percuma,  tawar pendidikan percuma untuk B40 di peringkat pengajian tinggi. Boleh percaya kepada BN? Semuanya kencing!

BN tawar pendidikan percuma untuk B40 di peringkat pengajian tinggi

BN mengambil langkah drastik dengan menawarkan pendidikan percuma dalam manifestonya, iaitu setiap pelajar dalam kumpulan B40 layak mendapat pendidikan tinggi percuma sekiranya BN memenangi pilihan raya umum dan berjaya membentuk kerajaan.

Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi turut berjanji menghapuskan buku teks dalam sistem pendidikan, sebaliknya sistem pembelajaran akan dijalankan melalui komputer riba, sebagai sebahagian daripada pendigitalan sistem persekolahan.

“Untuk itu, dua inisiatif besar BN untuk perkara ini adalah memberi komputer riba percuma kepada semua pelajar B40 dan memastikan 100 peratus liputan Internet 5G di semua sekolah dalam masa 18 bulan.

“Perkara ini akan membantu menyelesaikan isu-isu seperti beg sekolah yang berat serta membolehkan kemas kini sukatan pelajaran dilakukan dengan lebih pantas dan mudah.

“Pada peringkat pengajian tinggi pula, BN akan memberikan pendidikan tinggi percuma kepada anak-anak dalam kalangan B40,” katanya dalam siaran FB malam tadi.

Untuk rekod, tawaran pendidikan percuma dalam manifesto pilihan raya sesebuah parti politik bukanlah perkara baru malah ia pernah dijanjikan Pakatan Rakyat dan dikritik suatu ketika dulu sebagai sesuatu yang mustahil.

Bagaimanapun, tawaran PR tersebut tidak menyasarkan golongan tertentu, sebaliknya dirangka untuk semua peringkat.

Menurut Zahid, tawaran BN pada PRU ini adalah sebahagian daripada usaha serius gabungan itu untuk membasmi kemiskinan secara strategik, adil dan bersifat jangka panjang.

“Universiti awam atau institusi pengajian tinggi awam (IPTA) akan menawarkan sistem pengajian anjal, iaitu 50 peratus pengajian di kampus, dan 50 peratus lagi secara dalam talian atau jarak jauh, yang akan sekali gus mengurangkan sehingga separuh kos pengajian.

“Malah, selepas ini, bagi menghapuskan eksploitasi, semua mahasiswa atau sesiapa sahaja yang melakukan latihan amali atau internship akan diwajibkan bayaran elaun oleh majikan,” katanya.

Dalam manifesto itu, BN turut tampil menawarkan kelainan berbanding gabungan politik lain dari segi pendidikan.

Satu daripadanya merupakan pembelajaran bahasa-bahasa komunikasi asas berdasarkan pelbagai kaum di negara ini.

“Selain Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang kini diajar di semua sekolah, di bawah BN nanti semua sekolah akan turut mengajar bahasa-bahasa komunikasi asas yang lain seperti Mandarin, Tamil, Iban, Kadazan, Dusun dan bahasa-bahasa etnik yang lain.

“Ia bukan sahaja akan menjadikan pembelajaran sesi yang menyeronokkan, malah sekolah akan menjadi tempat semua pelajar bersahabat dan membesar sebagai rakyat yang bersatu padu.

“BN akan menjadikan sekolah kebangsaan sebagai sekolah pilihan untuk pendidikan semua,” katanya.

Pada masa sama, BN turut berjanji melaksanakan pengajaran kemahiran baru sejajar dengan peredaran zaman seperti pengekodan dan kreativiti.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo