NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

566 borang pencalonan terjual untuk Parlimen dan Dun Pahang sehingga petang semalam

KUANTAN - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pahang memaklumkan sebanyak 566 borang pencalonan sudah dijual sehingga Rabu.

Pengarahnya, Datuk Zamree Hamli berkata, daripada jumlah itu sebanyak 144 borang dibeli oleh calon bagi kerusi Parlimen, manakala 422 lagi untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Borang itu dibeli oleh wakil daripada parti politik termasuk calon bebas di pejabat SPR di sini (Wisma Persekutuan) dan pejabat Pegawai Pengurus Pilihan Raya di 14 kawasan Parlimen," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Menurut beliau, individu yang bercadang untuk bertanding masih lagi mempunyai masa untuk membeli borang pencalonan.

"Mereka buat membeli sehingga jam 10 pagi pada hari penamaan calon iaitu Sabtu, 5 November ini," katanya.

Hari penamaan calon untuk PRU15 ditetapkan pada 5 November diikuti hari pengundian pada 19 November.

Bagi proses pengundian awal pula ditetapkan pada 15 November ini.

Pahang mempunyai 14 kawasan Parlimen dan 42 kerusi DUN.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo