NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Wanita rentung, kereta terbakar nahas di Lebuh Raya MEX


KUALA LUMPUR:
Seorang wanita rentung apabila kereta dipandunya terbakar dalam kemalangan di Kilometer (KM) 10.9 Lebuh Raya Maju Expressway (MEX) dekat Bukit Jalil, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, seorang penumpang lelaki dilaporkan cedera, manakala tiga lagi penumpang wanita terselamat.

Komander Operasi, Khairuddin Abdurrahman, berkata Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 6.14 pagi.

Kemalangan di KM10.9 Lebuh Raya MEX dekat Bukit Jalil, pagi tadi. - Foto ihsan JBPM
Kemalangan di KM10.9 Lebuh Raya MEX dekat Bukit Jalil, pagi tadi. - Foto ihsan JBPM

Susulan itu, beliau berkata, dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jalil serta BBP Pudu dengan kekuatan 17 anggota, dikejarkan ke lokasi.

"Setiba di lokasi, pasukan mendapati sebuah kenderaan terbakar berpunca daripada kemalangan dengan sebuah kereta jenis Proton Saga.

"Pasukan segera memadamkan kebakaran. Kereta itu musnah terbakar 100 peratus dan seorang wanita ditemui rentung di bahagian pemandu.

"Seorang penumpang lelaki dilaporkan cedera di bahagian kepala, manakala tiga lagi penumpang wanita selamat. Pemandu kereta Proton Saga juga dilaporkan tiada mengalami kecederaan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kes kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo