NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Van jenazah bergerak tanpa pemandu, rupanya ini yang terjadi (Bersama Video)


TULAR
 di media sosial satu video misteri yang memaparkan sebuah van jenazah dilihat seperti bergerak sendiri tanpa pemandu.

Turut berada di dalam van jenazah itu adalah ahli keluarga dan kejadian misteri itu dipercayai berlaku Sulawesi Tengah, Indonesia pada Rabu.

Menerusi video berkenaan, dalam dilihat seorang ahli keluarga memegang jenazah keranda dan kedengaran suara tangisan seorang wanita.

Namun, menerusi rakaman dari dalam van itu, kenderaan dilihat berjalan dengan laju tanpa pemandu.

Perkara itu menyebabkan ramai yang mula merasakan keanehan video tersebut hingga timbul rasa misteri berkenaan siapa sebenarnya yang memandu van jenazah itu.

Perkara itu segera dinafikan Ketua Polis Daerah Ampana Kota, Jimyarto Anasim dalam satu kenyataan pada Khamis.

“Van tersebut adalah ambulans yang sedang membawa mayat dan memang dipandu seorang lelaki.

“Namun disebabkan pemandunya itu pendek dan sisi rakaman itu dibuat membuatkan van tersebut seperti bergerak sendiri,” katanya.

Tambahnya, rakaman yang lebih panjang juga ada menunjukkan pemandu ambulans tersebut namun telah dipotong oleh individu yang memuat naik dengan tujuan tertentu. — Agensi



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo