NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Wan Junaidi dijangka tidak pertahan Parlimen Santubong


KUCHING:
Penyandang Parlimen Santubong Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dijangka tidak mempertahankan kerusinya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kerana mahu mengundur diri.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika ditanya media berhubung kedudukan Wan Junaidi.

Menurutnya, hasrat untuk mengundurkan diri itu disampaikan Wan Junaidi secara peribadi kepadanya.

“Atas faktor kemahuan beliau sendiri... kerana dia memberitahu saya bahawa beliau sudah berusia 77 tahun dan mahu melakukan kerja-kerja lain. Tetapi beliau akan terus memberi kita nasihat.

“Ini adalah permintaannya sendiri walaupun saya belum memutuskanlah. Keputusan muktamad pada 3 November kelak. Tetapi jika itu yang beliau mahukan, apa yang boleh kita buat lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Jentera Wanita GPS di Pusat Konvensyen Penview (PCC) Demak, dekat sini pada Ahad.

Wan Junaidi mula berkhidmat sebagai wakil rakyat sejak tahun 1990 mewakili Parlimen Batang Lupar untuk tiga penggal sebelum bertukar ke Parlimen Santubong selama empat penggal hingga kini.

Sepanjang perkhidmatan 32 tahun di Dewan Rakyat, beliau pernah menjadi Timbalan Speaker selain memegang pelbagai jawatan Kerajaan Persekutuan termasuk Timbalan Menteri Dalam Negeri; Menteri Alam Sekitar dan Sumber Asli; Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi; serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang dan Parlimen).



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo