NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PBM gerak solo PRU15, tanding 6 Parlimen, 1 DUN


AMPANG:
Parti Bangsa Malaysia (PBM) akan bertanding secara bersendirian pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), ujar Presidennya, Datuk Zuraida Kamaruddin.

Beliau yang juga Penyandang kerusi Parlimen Ampang, berkata parti itu tidak akan bergabung dengan mana-mana parti lain.

"Pada hari ini, PBM ingin membuat pengumuman bahawa PBM dalam PRU15 ini, akan bertanding secara solo dan tidak akan bergabung dengan mana-mana gabungan yang ada," katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan Utama PBM DUN Bukit Antarabangsa di sini pada Ahad.

Pada masa sama, jelasnya isu melibatkan jawatan presiden akan diselesaikan sebelum hari penamaan calon.

"Segala isu mengenai Presiden PBM akan diselesaikan secara dalaman sebelum 5 November ini, iaitu hari penamaan calon," tambah beliau.

Dalam pada itu, Zuraida menjelaskan, syarat-syarat tertentu yang ditetapkan Barisan Nasional (BN) sebelum PBM diterima masuk ke dalam gabungan itu menyebabkan PBM mengambil keputusan berkenaan.

"Memang hari itu kita cuba memohon (menyertai BN) namun, kita rasakan ada syarat-syarat yang kita tidak boleh penuhi, jadi kita putuskan bergerak solo.

"Ya (bertanding logo PBM). Ingat warna ungu (bendera) kami ya," katanya.

Jelasnya, PBM akan mempertahankan enam kerusi Parlimen yang disandang oleh ahli Parlimen parti itu sebelum ini, selain satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

"PBM adalah parti yang fokus. Kita tidak akan flip-flop ke sana sini," ujarnya.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo