NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Wan Badariah calon wanita pertama PAS tanding di Perlis


KANGAR:
Buat julung kalinya, PAS Perlis akan mengetengahkan seorang calon wanita yang akan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mata Ayer pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Pesuruhjaya PAS Perlis, Mohd Shukri Ramli, berkata calon itu ialah Wan Badariah Wan Saad, anak jati Padang Siding yang juga seorang peguam dan mempunyai firma guaman sendiri di Kedah.

"Sebenarnya PAS Perlis telah lama berhasrat untuk mengetengahkan calon wanita di negeri ini, namun tiada calon yang sanggup dan berani menawarkan diri pada PRU sebelum ini.

"Alhamdulillah kali ini, kita ada calon wanita di Perlis. Beliau telah mendapat izin daripada keluarga untuk bertanding," katanya selepas melancarkan Jentera Pilihan Raya Wanita Perikatan Nasional (PN) Perlis di Kompleks PAS Perlis.

Mohd Shukri yang juga Pengerusi PN Perlis, berkata pengumuman nama-nama calon akan dibuat pada 2 November ini, namun bergantung kepada keputusan PAS pusat nanti.

Pada PRU14, calon BN, Siti Berenee Yahaya menang dengan majoriti 720 undi di DUN Mata Ayer, menewaskan calon Pakatan Harapan (PH)-PKR, Lt Kol (B) Azhar Omar dan calon PAS, Mohammad Yahya.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) jumlah pengundi berdaftar di DUN Mata Ayer PRU15 hingga 9 Oktober 2022 ialah 9,662 pengundi. - BERNAMA



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo